Modal permulaan francais serendah RM50,000
Kuching, 3 Julai, KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk mengurangkan modal permulaan bagi perniagaan francais serendah RM50,000. Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia antara langkah yang diyakini mampu meningkatkan minat golongan muda untuk menjadi usahawan francais. Justeru, katanya, KPDNHEP kini sedang mengumpul cadangan daripada pelbagai pihak khususnya usahawan…


















