Nilai jualan industri francais negara berjumlah RM26 bilion, terbesar setakat ini – Ewon
Kuala Lumpur, 21 Mac 2023, Nilai jualan industri francais negara telah mencapai RM26 bilion, iaitu terbesar setakat ini berbanding RM14 bilion pada 2020, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. Beliau berkata berdasarkan Laporan Tahunan Perniagaan Francais, nilai jualan industri berkenaan meningkat sebanyak 71 peratus pada 2021. “Oleh itu, kerajaan menyasarkan 16 industri…
















