If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Sheng Tai labur RM8 juta sediakan ruang kerja global terbesar di dunia

Melaka, 18 Mac 2021,

Syarikat hartanah terkemuka, Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International) membuat pelaburan sebanyak RM8 juta bagi projek penyediaan ruang kerja global terbesar di dunia.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley berkata, projek itu akan dilaksanakan di Metrasquare, Ayer Keroh di sini dengan jenama Regus dan Spaces, dijangka bermula pada akhir tahun ini.

Katanya, jumlah itu bagaimanapun hanyalah merupakan nilai pelaburan permulaan membabitkan pelaksanaan tiga projek dengan kerjasama International Workplace Group (IWG).

“Kami percaya ini adalah masa yang tepat untuk melabur bertepatan dengan prospek optimis pasca Covid-19 dan pandemik ini perlu dipandang dari sudut positif.

“Justeru, kami telah bersetuju untuk mewujudkan industri ruang kerja yang fleksibel dengan pelaburan awal sebanyak RM8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian di antara Sheng Tai International dan IWG yang disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam di Hotel Ames Ayer Keroh, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Sheng Tai Inter Ley berkata, kerjasama yang terjalin dijangka dapat memperkasakan dan meluaskan industri ruang kerja fleksibel di Malaysia.

“Dalam keadaan ini, kami melihat ramai pekerja daripada syarikat berjenama global yang mahukan lokasi strategik untuk dijadikan ruang kerja fleksibel dan kami akan jadikan projek Metrasquare ini sebagai sebahagian daripada trend baharu ini.

“Dengan pembangunan unik serta dilengkapi kemudahan moden yang berkelas dunia, kami berada di dalam kedudukan terbaik untuk menarik perhatian usahawan dan syarikat multinasional yang cenderung kepada teknologi, seterusnya memperkasa semula ekonomi di Melaka dan kawasan sekitarnya,” katanya.

 

1

Sumber: Kosmo!

Artikel Penuh: https://www.kosmo.com.my/2021/03/18/sheng-tai-labur-rm8-juta-sediakan-ruang-kerja-global-terbesar-di-dunia/

  • 1