If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

PERADUAN GAMBAR DAN KATA

Syarat-syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa dan Jom Kenali Francais.
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Syarikat Francais Malaysia dan orang awam yang berumur 18 tahun ke atas.
3. Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.
4. Gambar hendaklah asli dan kali pertama dihantar dan tidak boleh diulang pakai atau guna semula daripada mana-mana pertandingan, pameran dan komersial.
5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang.
6. Gambar yang merakamkan individu/model perlu mendapatkan kebenaran pihak berkenaan terlebih dahulu dan individu tersebut tidak boleh membuat tuntutan daripada penganjur.
7. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli.
8. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya, iaitu gambar-gambar tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak-hak harta privasi/publisiti atau intelek mana-mana individu atau entiti dan tidak pihak lain mempunyai apa-apa hak, hak milik, tuntutan atau kepentingan dalam gambar tersebut.
9. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecuaian, kehilangan atau musibah yang menimpa kepada peserta semasa mengambil gambar untuk tujuan pertandingan ini.
10. Gambar-gambar yang memenangi pertandingan tidak boleh digunakan oleh jurufoto untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain.

Tatacara Pertandingan

1. Gambar hendaklah dimuat naik dalam Facebook/Instagram peribadi peserta (tetapan akaun sebagai umum(public))
2. Pertandingan ini berlangsung bermula pada 15 Ogos hingga 15 Oktober 2021.
3. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta mestilah mengisi borang penyertaan secara dalam talian http://linktr.ee/bkpk

4. Peserta hendaklah melengkapi keterangan foto yang diambil di outlet francais atau bersama produk francais dengan butiran seperti yang berikut :

• Judul karya/foto
• Kapsyen (Ditulis dalam bahasa Melayu dan kapsyen boleh ditulis dalam bentuk seperenggan kenyataan/pantun/sajak/puisi dan lain-lain)
• Nama peserta
• Tag @FranchiseMalaysia @DBPMalaysia
• #gambarberkapsyen2021
• #dekadbahasakebangsaan2021
• #francaismalaysia
• #jomfrancais

Hadiah

Pertama RM1500.00 dan sijil penyertaan
Kedua RM1000.00 dan sijil penyertaan
Ketiga RM800.00 dan sijil penyertaan
3 hadiah sagu hati RM500.00 dan sijil penyertaan
20 hadiah cenderahati berupa sumbangan daripada syarikat francais dan MFA

• Tuntutan hadiah boleh dibuat selama 14 hari bermula tarikh pengumuman pemenang

Penjurian

1. Pemarkahan untuk penjurian adalah seperti yang berikut.
• Kreativiti, iaitu cara mempersembahkan subjek, latar, dan komposisi (30 markah)
• Teknikal, iaitu pencahayaan, sudut, dan komposisi subjek serta objek dalam gambar (30 markah)
• Kapsyen (40 markah)
Jumlah keseluruhan markah ialah 100 markah.
2. Keputusan panel hakim muktamad

 

Hak Cipta Karya Foto

1. Gambar yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik urus setia namun peserta mempunyai hak cipta terhadap gambar yang dipertandingkan.
2. Gambar/karya fotografi mestilah kali pertama dihantar dan tidak boleh diulang pakai atau guna semula daripada mana-mana pertandingan, pameran dan komersial. Karya fotografi akan menjadi hak milik urus setia, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka dan peserta tidak berhak menuntut sebarang sagu hati. Pihak penganjur berhak menggunakan karya fotografi dalam sebarang promosi dan komersial, serta tertakluk di bawah syarat-syarat pertandingan.

 

Gambar dan Kata1