If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

KPDNHEP mahu lebih ramai siswazah ceburi bidang francais

Kuching, 28 Mei 2022,

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperhebat usaha menarik siswazah institusi pengajian tinggi (IPT) menceburi industri francais yang boleh menjana pendapatan lebih baik berbanding makan gaji.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perniagaan di bawah industri itu lebih mudah untuk dimulakan khususnya dalam kalangan para belia lepasan IPT dan mereka wajar mengambil peluang daripada hasil jualan francais yang semakin meningkat saban tahun.

“Industri ini (francais) boleh memberi alternatif kepada mereka tidak sahaja dengan mencari kerja tetapi berniaga, boleh menjadi job creator (pencipta pekerjaan) dan bukan sekadar menjadi job seekers (pencari kerja),” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Sarawak di sini pada Sabtu.

Menurutnya, program berkenaan antara inisiatif dilaksanakan kementeriannya untuk mendedahkan masyarakat lebih-lebih lagi bakal peniaga untuk mendapat maklumat dan panduan berhubung industri francais.

“Mengikut maklumat yang kita peroleh, selama ini industri ini sangat membantu dalam merancakkan lagi ekonomi negara dan boleh memberi peluang kepada golongan belia,” katanya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Nanta berkata, menurut Laporan Tahunan Perniagaan Francais 2020, nilai jualan syarikat francais meningkat 9.7 peratus pada tahun berkenaan dengan RM14.6 bilion berbanding RM13.3 bilion yang dicatatkan pada 2019.

“Sehingga kini sebanyak 1,137 syarikat francais telah didaftarkan di KPDNHEP, manakala sejumlah 68 syarikat francais tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan berada di 70 negara,” katanya.

Mengenai Program Jelajah Franchise Bay, beliau berkata, program itu meletakkan sasaran nilai potensi pelaburan keseluruhan sebanyak RM31.7 juta dengan sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi baharu dengan nilai potensi pelaburan RM7.5 juta pada siri Jelajah Franchise Bay di Sarawak.

 

 

Sumber: Sinar Harian
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/204452/BERITA/Nasional/KPDNHEP-mahu-lebih-ramai-siswazah-ceburi-bidang-francais