If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

KPDNHEP ketengah 14 syarikat francais Malaysia di Indonesia

Jakarta, 6 Ogos 2022,

Sebanyak 14 syarikat francais Malaysia menyertai misi perdagangan ke Indonesia yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Jenama francaisor yang terlibat ialah Ar-Rahn, Bubblebee, CIC Where Leaders Are Born, Genius Aulad, Home Maths Theraphy, Kenny Rogers Roasters, Laundrybar, Little Caliphs, Marrybrown, Oldtown White Coffee, Poney, Siti Khadijah, Smart Readers Kids dan US Pizza.
Delegasi diketuai Pengarah Kanan Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan KPDNHEP Datuk Rohaizi Bahari sempena International Franchise, Licence & Business Concept Expo (IFRA) 2022 dari 5 hingga 7 Ogos di sini.
Inisiatif itu dianjurkan di bawah Program Pembangunan Francais Dipertingkatkan (EFDP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan merupakan misi keempat pada tahun ini selepas misi perdagangan ke Arab Saudi, Bosnia-Herzegovina dan Afrika Selatan.

“Misi yang dirancang di EFDP berhasrat untuk menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa dan mencari pelabur berpotensi yang sesuai melalui program pemadanan perniagaan,” kata Rohaizi dalam satu kenyataan.
Beliau berkata jenama francais Malaysia telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 68 jenama di 74 negara.
Francais Pavilion Malaysia di IFRA 2022 dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq hari ini.
Menurut Adlan, hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia membolehkan banyak syarikat francaisor Malaysia berjaya menembusi pasaran Indonesia dan juga syarikat-syarikat Indonesia ke Malaysia.
Sumber: Astro Awani
Artikel Penuh: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kpdnhep-ketengah-14-syarikat-francais-malaysia-di-indonesia-374838