If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Jualan Kedai Bergerak Prihatin – KPDNHEP Sedia Perluas Program

Kuala Berang, 7 June 2022,

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersedia memperluaskan prihatin di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan beban dihadapi masyarakat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata ia bagaimanapun bergantung kepada permintaan dan kerjasama pemimpin setempat. Beliau berkata, fasa pertama sebelum ini berakhir kira – kira tiga bulan lalu dan fasa kedua dimulakan kembali kelmarin, untuk membantu masyarakat mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas dengan potongan harga 30 peratus.

katanya, program jualan kedai bergerak itu adalah kesinambungan program jualan berkonsep sama yang sebelum ini dikenali sebagai Perihatin Mart yang dicetuskannya pada tahun lalu untuk penduduk di Parlimen Hulu Terengganu. “Fokus kita memang di Hulu Terengganu, tetapi kita terbuka kepada kawasan lain yang memerlukan”.

“Kita bersedia bergerak ke mana – mana, tetapi ia bergantung kepada kerjasama pemimpin setempat, jika mahu program ini dilakukan di kawasan mereka dan sanggup mengeluarkan peruntukan bagi memberi subsidi barangan dijual, kita akan bagi sokongan,” katanya selepas meninjau Jualan Perihatin di Masjid Kampung Gaung di sini, semalam.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kedai bergerak itu juga memberi kemudahan kepada rakyat, terutama di kawasan luar bandar mendapatkan pelbagai barangan keperluan tanpa keluar jauh ke bandar.

Katanya, program itu juga alternatif kepada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dijadualkan berakhir bulan ini.

 

 

Sumber: Berita Harian