If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

IPTB sasar pertumbuhan 20 peratus

14  April 2014 – Utusan Malaysia

Mohd. Fadhil Kamaruddin menunjukkan minyak baharu semi synthetic Buraq Lube ketika di temui di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

Mohd. Fadhil Kamaruddin menunjukkan minyak baharu semi synthetic Buraq Lube ketika di temui di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 13 April – IPTB Sdn. Bhd. melalui anak syarikat Buraqoil Supply Sdn. Bhd. menyasarkan peningkatan sehingga 20 peratus jualan minyak pelincir keluarannya pada tahun ini, dipacu oleh produk baharunya Buraqlube Semi Synthetic Nano Technology SAE10W-40APISN/CF.

Minyak pelincir baharu bagi engin kereta yang menggunakan sama ada petrol atau diesel terbabit dijangka dipasarkan pada 1 Mei ini.

Pengurus Kanannya, Mohd. Fadhil Kamaruddin berkata, beliau yakin dengan minyak pelincir baharu tersebut syarikat dapat menembusi pasaran bandar seperti di kawasan tengah dan selatan tanah air.

Katanya, ini kerana minyak pelincir terbabit telah diformulasikan dengan teknologi nano terbaharu yang menepati keperluan engin petrol dan diesal kereta-kereta baharu.

“Sebelum ini, pasaran minyak pelincir kami yang berasaskan mineral adalah di kawasan luar bandar yang mana kebanyakkan menggunakan kereta-kereta lama.

“Kami yakin, minyak pelincir separa sintetik ini dapat mengembangkan lagi pasaran kami ke kawasan-kawasan bandar kerana kualitinya yang baik tapi pada harga berpatutan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Fadhil berkata, sempena pelancaran minyak pelincir tersebut, pihaknya akan berkerjasama dengan akhbar Kosmo! bagi mengadakan satu peraduan dengan hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 pada Mei ini.

Mengulas mengenai pelan pengembangan stesen minyak Buraq Oil, beliau memberitahu, syarikat merancang untuk membuka antara 30 hingga 40 stesen baharu pada tahun ini.

“Ketika ini, kami mempunyai 200 stesen di sembilan negeri iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Kami juga menawarkan peluang kepada usahawan-usahawan bagi membuka stesen minyak ini di kawasan mereka yang sekali gus dapat mewujudkan usahawan baharu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, mereka yang berminat untuk membuka stesen minyak Buraqoil boleh mengemukakan permohonan melalui laman web www.buraqoil.com.my.