If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Industri francais Malaysia disaran rebut peluang sertai ekonomi halal global

Kuala Lumpur, 8 September 2022,

Malaysia khususnya industri francais berpotensi tinggi dalam pembabitan trend ekonomi halal global yang sedang meningkat naik.

Ia berdasarkan laporan terbaharu firma penyelidikan dan perunding, Frost & Sullivan menyaksikan pasaran bagi ekonomi halal global yang memberangsangkan dan dijangka mencecah AS$4.96 trilion (RM22.34 trilion) menjelang 2030.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebagai negara hab halal terkemuka, Malaysia bersedia mengambil kesempatan menyertai perkembangan ekonomi industri halal dunia.

Ia secara tidak langsung berpotensi mempercepatkan pembangunan infrastruktur, malah lebih bersepadu dengan perdagangan global dan rantaian bekalan.

“Kita (Malaysia) sepatutnya menjurus ke sana, sebab negara kita negara Islam. Berpotensi besar dalam industri halal.

“Jadi, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang ini. Kita mempunyai industri francais yang diiktiraf baik di peringkat negeri dan negara, dan sekarang kita (berusaha) pergi ke global,” katanya mengulas pandangan mengenai industri francaisor negara membawa pasaran halal secara global.

Frost & Sullivan dalam laporannya menyatakan, ekonomi halal sedang mengalami trend menaik, berikutan permintaan terhadap produk halal daripada orang Islam dan negara bukan Islam meningkat.

Ia dipacu berdasarkan demografi penduduk yang menggalakkan, dasar kerajaan dan inisiatif sektor swasta.

Selain itu, ia didorong oleh pemakanan selamat dan sihat, fesyen dan pelancongan halal dalam kalangan pengguna bukan Islam yang lebih konservatif.

Justeru, Alexander mengulas lanjut, kerajaan menggalakkan semua sektor terlibat dalam industri francaisor selain makanan dan minuman (F&B) bagi melonjakkan ekonomi negara ke peringkat antarabangsa khususnya dalam ekonomi halal.

Terdahulu, Alexander mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Majlis Perasmian Pameran & Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2022, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Program FIM2022 dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Yang turut hadir, Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan.

Sumber: Media Variasi

Artikel Penuh: https://mediavariasi.com/2022/09/industri-francais-malaysia-disaran-rebut-peluang-sertai-ekonomi-halal-global/