Misi Perdagangan Di Thailand, Bantu Syarikat Francais Malaysia Tembusi Pasaran Tempatan
Kuala Lumpur, 9 Julai 2024, Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), serta 7 syarikat francais Malaysia akan mengadakan Misi Perdagangan Francais Antarabangsa ke Thailand pada 11 hingga 14 Julai 2024. Antara syarikat yang akan menyertai misi perdagangan ini adalah Global Art, IrisPro, Cleanpro, FatNinjas, MuzArt, Myeongdong Topokki dan D’Tandoor. Misi ini diadakan…












