If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Sistem francais lebih banyak keuntungan

Shah Alam, 10 Julai 2020,

Pengurus Operasi MD Foodstuff Sdn Bhd (MD Putu Bambu World), Mohamad Hassan berkongsi rahsia kejayaan sehingga memperoleh pendapatan jualan keseluruhan mencecah RM12 juta dalam perniagaan yang diusahakan sejak 13 tahun lalu.

Beliau yang memulakan perniagaan kuih tradisional itu pada 2007, berkata, beliau dan seorang lagi rakan yang dikenali sebagai Encik Karim berkongsi modal sebanyak RM500 seorang.

Ujarnya, mereka melakukan inovasi dalam menambah baik rasa dan kualiti produk dengan mengambil inisiatif membekalkan 2,000 kotak sehari selama dua tahun bagi tujuan memperkenalkan jenama itu kepada orang ramai.

“Kemudian langkah kedua ambil langkah buka outlet (cawangan) dan apabila ramai yang sudah rasa produk ini, Alhamdulillah perniagaan kita maju.

“Dari situ kita kumpul dana dan sewa kilang pertama di Air Panas, separuh papan dan batu. Kita dapat pula bekalkan ke hotel tapi perlu sijil halal. Kita kumpul dana dan sewa kilang di Selayang hingga sekarang.

“Alhamdulillah hampir 13 tahun dalam perniagaan ini. Ramai juga yang sudah mengenali produk ini,” katanya selaku panel pada program Sinar Khas LIVE bertajuk Webinar BizFrancais: Sistem Francais dan Kelebihan di Auditorium Karangkraf Seksyen 15 di sini malam tadi.

Program yang disiarkan secara langsung di semua platform media Sinar Harian itu turut membariskan panel, Ketua Jabatan Pembangunan dan Pemasaran Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Md Nazid Mohd Noor dan Penasihat Francais Bebas, Shahrul Azlan Mohd Zulifli.

Mengulas lanjut, Mohamad yang mesra dipanggil Abang Mat berkata, beliau melakukan transformasi perniagaan selepas enam tahun beroperasi dengan mengikuti latihan Bussiness in Transformasion (BIT) di akademi PNS selama empat tahun.

Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan peniaga mengubah pemikiran supaya berani melakukan transformasi perniagaan dengan menukar cara kerja lama kepada sistem operasi baharu yang lebih keuntungan.

Menurutnya, peniaga perlu menubuhkan satu pasukan pengurusan dan masing-masing mendalami ilmu berkaitan dengan mengikuti latihan yang disediakan PNS.

“Kita perlukan satu pasukan untuk operasi dan pemasaran sebab sampai satu masa nanti pengusaha ini perlu pergi belajar dan masuk dalam sistem operasi untuk dilaksanakan.

“Kita belajar ‘try n error’, supaya nampak kekuatan dan kelemahan untuk diperbetulkan dengan syarat tidak fikir masalah tapi selesaikannya.

“Kita masuk program BIT untuk mengetahu sistem menguruskan cawangan. Walaupun ketika itu ada 10 cawangan tetapi banyak kekangan,” katanya.

Mohamad berkata, Putu Bambu World kini mempunyai 75 outlet dengan lebih 40 francaisi di seluruh negara yang sebelum ini telah mengikuti latihan kerja dengan syarikat itu dalam tempoh tiga hingga enam bulan dalam memahami operasi perniagaan terbabit.

1

Sumber: Sinar Harian

Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/91557/BERITA/Nasional/Sistem-francais-lebih-banyak-keuntungan

  • 1