If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Sasar 300 cawangan Tealive di Kedai Mesra

Kuala Lumpur, 15 March 2019

Petronas Dagangan Bhd (PDB) menjalin kerjasama dengan Loob Holding Sdn Bhd (Loob) bagi menawarkan francais Tealive di rangkaian Kedai Mesra seluruh Malaysia dengan sasaran sehingga 300 cawangan baharu dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin, berkata kerjasama terbabit sejajar dengan strategi syarikat untuk mengembangkan perniagaan bukan bahan apinya.

“Seperti Petronas, Tealive juga adalah jenama yang sangat memahami kehendak pelanggan. Saya yakin pelanggan teruja dengan penambahan produk baharu di rangkaian Kedai Mesra.

“Kami juga mahu menjadikan Kedai Mesra sebagai pusat sehenti orang ramai. Selain itu, kami terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat lain yang mempunyai visi yang sama,” katanya kepada media pada majlis pelancaran kerjasama strategik antara PDB dan Loob di sini, hari ini.

10

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bhplus.com.my/bisnes/korporat/2019/03/540991/sasar-300-cawangan-tealive-di-kedai-mesra

  • 10