If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

PNS Galak Syarikat Malaysia Perluaskan Perniagaan Francais Ke Luar Negara

12 February 2020,

Syarikat Malaysia digalakkan memperluaskan perniagaan francais mereka di luar negara kerana bidang berkenaan merupakan antara platform untuk mempelbagaikan eksport produk dan perkhidmatan tempatan.

Syarikat yang berminat perlu mengukuhkan kedudukan perniagaan di Malaysia sebelum melebarkan sayap perniagaan mereka ke luar negara kerana banyak peluang yang boleh diterokai untuk memajukan industri francais.

Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan) Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Hassan Abdul Rahman berkata, bagi tujuan berkenaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membantu dan membimbing usahawan francais bagi mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

“Selain itu, mereka turut dibantu oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

“Sekiranya ada usahawan yang memerlukan bantuan dari PNS, kami sedia membantu dengan menyediakan pembiayaan yang bersesuaian,” katanya kepada Bisnes Sinar

 

MarryBrown-merupakan-salah-satu-jenama-Malaysia-yang-cemerlang-dalam-industri-francais-di-luar-negara.-300x153

Sumber: Bisnes Sinar

Artikel Penuh: https://www.bisnessinar.com/pns-galak-syarikat-malaysia-perluaskan-perniagaan-francais-ke-luar-negara/

 

  • Hassan