If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

MyeongDong Topokki miliki sijil halal JAKIM

Kuala Lumpur, 23 Dis 2019,

Peminat hidangan menu berasaskan, Korea Street Food di Restoran MyeongDong Topokki Malaysia tidak perlu bimbang lagi mengenai status halalnya kerana ia kini sudah mendapat pengiktirafan sijil halal sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Pegawai Eksekutif, MyeongDong Topokki, Vincent Lua, berkata memiliki pengiktirafan halal menjadi antara tumpuan utama syarikatnya memandangkan pasaran halal kini semakin meluas di seluruh dunia.

Katanya, selain itu ia adalah untuk memastikan peminat hidangan ini daripada pelbagai bangsa dan agama tidak ragu-ragu untuk menikmati menu yang dihidangkan di restoran ini biarpun menggunakan nama asal daripada Korea.

“Sebelum ini, kami sering mendapat pertanyaan daripada pelanggan mengenai status halal yang diiktiraf oleh JAKIM, namun kami mengambil pendekatan dengan menerangkan kepada mereka bahawa setiap menu dihidangkan adalah mesra Muslim.

“Sejak restoran ini diperkenalkan pada 2014, kita berusaha untuk mendapatkan sijil halal JAKIM, namun disebabkan tidak mengetahui prosedur yang betul, ia mengambil sedikit masa untuk mengesahkannya.

27.12 3

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/641023/myeongdong-topokki-miliki-sijil-halal-jakim

  • 27.12 3