If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

MFA sasar sumbang KDNK RM35 bilion menjelang 2020

Kuala Lumpur, 19 Jun 2019,

Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan sumbangan industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM35 bilion menjelang tahun hadapan berbanding RM32 bilion pada tahun lepas.

Pengerusi Datuk Radzali Hassan berkata sasaran KDNK tersebut dijangka berjaya dicapai menerusi peningkatan pelbagai produk eksport ke pasaran luar negara.

“Kita (MFA) mempunyai lebih kurang 66 produk yang telah dibawa keluar negara setakat hari ini. Kalau melihat kepada jumlah anggota MFA itu sendiri tidaklah begitu ramai tetapi dari segi pencapaian perkembangan perniagaan mereka, adalah sangat memberangsangkan di mana kita mempunyai kira-kira 4,200 kedai di luar negara.

“Justeru itu, MFA ingin menggalakkan lebih banyak francais tempatan menyertai persatuan ini bagi menggalakkan persaingan yang sihat dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan perniagaan dan sektor francais yang lebih berkualiti,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Malam Anugerah Francais Malaysia di sini hari ini.

Malam Anugerah Francais itu akan berlangsung pada 4 Oktober depan bagi memberi pengiktirafan kepada para usahawan francais yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta memberi sumbangan kepada pertumbuhan industri francais negara.

Antara kategori anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Francais Terbaik, Anugerah Kategori Sistem Francais, Anugerah Kategori Francaisor Antarabangsa, Anugerah Kategori Francaisi dan Anugerah Kategori Terbuka (Anugerah Rancangan Perniagaan Francais Siswa Terbaik dan Kategori Media).

Penyertaan daripada wartawan dan editor digalakkan bagi memenangi kategori media yang terbahagi kepada dua iaitu Anugerah Wartawan Terbaik dan Anugerah Penulisan Artikel Industri Francais Terbaik.

Radzali berkata selain sasaran sumbangan KDNK, MFA turut memberi keutamaan kepada golongan siswazah dan wanita menceburi industri francais bagi memberi pendedahan awal dalam bidang perniagaan selain dapat menjana pendapatan negara.

“Sejak beberapa tahun lepas, MFA turut terlibat dengan pelbagai program keusahawanan di peringkat universiti bagi menggalakkan siswazah menyertai industri francais.

“Kita (MFA) beri pendedahan apa itu francais kepada siswazah, jemput mereka dalam pameran francais, minta mereka rangka pelan perniagaan francais,” katanya.

Malahan, pada tahun ini MFA turut memberi pengiktirafan kepada siswazah menerusi Anugerah Kategori Terbuka iaitu Anugerah Rancangan Perniagaan Francais Siswa Terbaik yang boleh dijadikan platform kepada golongan itu terlibat dalam bidang perniagaan.

Sumber: BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1736918