ad1
If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Hak dan Tanggungjawab Peniaga Ketika Pemeriksaan Pematuhan

Hak dan Tanggungjawab Peniaga Ketika Pemeriksaan Pematuhan 

  • Pihak peniaga yang diperiksa boleh menghubungi mana – mana pejabat KPDNKK yang berkenaan untuk mengesahkan lawatan pemeriksaan yang diajalankan di premis.
  • Pihak peniaga yang diperiksa dinasihatkan untuk melihat kad kuasa pegawai pemeriksa pematuhan untuk mengesahkan kesahihan identiti pegawai
  • Pihak peniaga yang diperiksa hendaklah memberi kerjasama semasa kerja – kerja pematuhan dijalankan termasuk perkara – perkara berikut :-
  • Membenarkan pegawai pemeriksa memasuki premis, menyediakan salinan asal rekod / dokumen
  • Memberi penerangan dan menyediakan maklumat yang benar kepada pegawai pemeriksa
  • Menjawab pertanyaan pegawai pemeriksa; dan
  • Memelihara rekod / dokumen serta mengemukakan kepada pegawai pemeriksa apabila diminta

 

Sumber :  Garis Panduan Mekanisme Margin Keuntungan Bersih dan Penandaan Harga dalam Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan kepada peniaga (KPDNKK)

 

Panduan Penandaan Harga oleh Peniaga 

Kewajipan penandaan harga oleh peniaga oleh penjual runcit bagi barangan atau perkhidmatan adalah seperti berikut :-

  • Hendaklah meletakkan tanda harga pada setiap barang atau contoh barangan yang hendak dijual dan caj bagi perkhimatan yang dikenakan.
  • Hendaklah menandakan setiap barang tersebut dengan tanda harga yang menunjukkan harga tunai bagi setiap unit, satu unit timbangan bagi setiap sukatan barangan dan caj – caj bagi semua perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna secara berasingan;
  • Penjual runcit boleh menggunakan satu senarai harga yang menyatakan perihal barang dan harganya dengan jelas jika saiz barangan tidak sesuai ditandakan atas sebab jenis atau saiz;
  • Bagi pengusaha perkhidmatan, caj yang dikenakan hendaklah dipamerkan di dinding premis ataudifailkan atau direkodkan ke dalam komputer yang diletakkan di tmepat mudah dilihat / diakses oleh pengguna;
  • Perihal dan harga ini hendaklah ditandakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Malaysia dengan terjemahan sekiranya penjual runcit atau pelanggan tidak memahami Bahasa Malaysia atau bagi tujuan pasaran eksport;
  • Saiz dan warna30
  • . tanda harga hendaklah dapat dilihat dengan jelas dan boleh difahami oleh pengguna;
  • Harga adalah dalam nilai Ringgit Malaysia (RM)
  • Bagi peniaga berdaftar, tanda harga yang dipamerkan hendaklah tidak mengelirukan pengguna dan merupakan harga termasuk cukai bagi barangan atau caj bagi perkhidmatan;

harga

Sumber :  Garis Panduan Mekanisme Margin Keuntungan Bersih dan Penandaan Harga dalam Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan

  • harga