ad1
If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Govt Support

Program Pembangunan Francais

Program Pembangunan Francais (PPF) adalah satu program pemasaran berteraskan Konsep Persyarikatan Malaysia bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan Sistem Francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang besar tanpa risiko yang tinggi.

Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran/pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdayamaju dan kompetitif, berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang telah dikenalpasti.

Syarikat Francaisor ialah syarikat induk yang membenarkan Francaisi menggunakan sistem francais dan memasarkan barang-barang keluaran mereka mengikut syarat-syarat tertentu. Francaisi ialah syarikat yang dibenarkan memasarkan barang-barang keluaran menggunakan sistem francais Francaisor termasuk menggunakan nama, logo dan rekabentuk Francaisor.

Senarai produk-produk francais di bawah Pendaftar Francais, KPDNKK

BENTUK SISTEM FRANCAIS

“Local Authorised Franchise Holder” Francaisi di beri lesen untuk membuat dan memasarkan barangan oleh francaisor termasuk penggunaan format lengkap francaisor merangkumi hak penggunaan harta intelektual, strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan. Francaisor juga boleh melantik ‘Francaisi Induk’ yang diberi kebenaran untuk melantik francaisi-francaisi setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Product Manufacturing Licensing” Francaisi diberi lesen untuk mengeluarkan barangan mengikut formula, resepi atau rekabentuk yang ditetapkan oleh Francaisor dan memasarkan barangan tersebut menggunakan sistem pemasaran Francaisor.

“Trademark/Brand Name License” Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan Francaisor dan diberi komisyen bagi penjualan berkenaan. Francaisi bertanggungjawab memastikan auditan penjualan yang berpatutan.

“Dealership/Distributor Franchise” Francaisi dimestikan memasarkan barangan keluaran Francaisor sahaja secara eksklusif mengikut cara dan peraturan yang ditetapkan. Francaisi diberi hak monopoli bagi memasarkan barangan tersebut dalam satu kawasan geografi tertentu.

“Promoter” Francaisi menjual barang-barang yang dibeli daripada Francaisor. Francaisi menggunakan satu nama syarikat yang sama dengan Francaisi-francaisi yang lain. Francaisor menyediakan modal, bahan mentah serta kepakaran pengurusan dan pemasaran kepada francaisi.

KEBAIKAN

Francaisi

  • Risiko perniagaan yang lebih rendah
  • Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai
  • Faedah ekonomi bidangan
  • Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap
  • Khidmat sokongan yang berterusan daripada Francaisor, agensi Kerajaan dan institusi kewangan

Francaisor

  • Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri
  • Faedah ekonomi bidangan
  • Perkongsian risiko
  • Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia
  • Mendapat maklumbalas perniagaan yang lebih luas
  • Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SEBAGAI FRANCAISI

  • Bumiputera
  • Individu (Permohonan daripada syarikat boleh dipertimbangkan dengan syarat sekurang-kurangnya 70% ekuiti syarikat hendaklah dipegang oleh pemohon)
  • Sekurang-kurangnya 30% daripada kos projek dibiayai oleh pemohon tanpa melibatkan pinjaman kewangan
  • Mengenalpasti premis atau lokasi yang sesuai dan strategik
  • Mempunyai perancangan perniagaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun

PROSES PEMILIHAN

  • Pemohon mengemukakan permohonan menggunakan Borang Profail Francaisi.
  • Tapisan dibuat ke atas borang permohonan dan pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat asas yang ditetapkan akan diperakukan kepada syarikat francaisor
  • Syarikat francaisor akan menilai kesesuaian calon dan membuat perlantikan bagi calon-calon yang layak

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SEBAGAI FRANCAISI INDUK

  • Badan korporat Bumiputera atau syarikat bertaraf Bumiputera atau individu Bumiputera
  • Berkeupayaan menyediakan modal yang diperlukan
  • Mematuhi peraturan dan cara pengurusan yang ditetapkan oleh Francaisor
  • Bersedia membimbing bakal-bakal Francaisi di masa hadapan
  • Lain-lain syarat yang ditetapkan di bawah syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SEBAGAI FRANCAISOR

  • Pemohon mengemukakan permohonan menggunakan Borang Permohonan Francaisor.
  • Produk yang hendak difrancaiskan telah kukuh dan diterima ramai
  • Mempunyai dokumen penzahiran yang lengkap dan komprehensif
  • Terdapat buku panduan atau manual operasi yang terperinci dan lengkap
  • Program latihan yang lengkap dan berterusan
  • Sistem perakaunan yang seragam
  • Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian lokasi
  • Menyediakan khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk & perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam
  • Mempunyai perancangan perniagaan yang menyeluruh

Usahawan-usahawan yang layak dan berpotensi untuk dilantik sebagai francaisi dan syarikat-syarikat perniagaan atau usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan adalah dipelawa menyertai PPF.