If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

FIM 2019 sasar pelaburan RM500 juta

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2019,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan pelaburan francais RM500 juta bersempena penganjuran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa 2019 (FIM 2019) pada 5 hingga 7 April ini.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, berkata jumlah itu dilihat mampu dicapai berdasarkan pencapaian pelaburan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM410 juta dan situasi bagi pasaran serantau.

“Untuk 2019, acara pameran dan persidangan ini bakal disertai daripada lebih 100 syarikat francais tempatan dan antarabangsa dari 12 buah negara seperti Amerika Syarikat (AS) , Itali, Australia dan United Kingdom (UK),” katanya pada sidang media selepas taklimat pempamer FIM 2019 di sini, hari ini.

Antara jenama francais tempatan yang sudah mengesahkan penyertaan dalam acara pameran itu adalah Marry Brown, Tealive, Laundry Bar dan Genius Aulad manakala jenama antarabangsa  seperti Old Town White Coffeee dan Gloria Jean’s Coffee.

Muez berkata, penganjuran FIM 2019 bertujuan bagi menghimpunkan usahawan francais tempatan dan antarabangsa, agensi kerajaan dan institusi kewangan di bawah satu bumbung bagi mempamerkan produk dan perkhidmatan serta peluang perniagaan francais yang merangkumi pelbagai sektor.

7.3 1

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/03/538064/fim-2019-sasar-pelaburan-rm500-juta

  • 7.3 1