If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

eatwhatnxt ubah model F&B – Cravito Group

Kuala Lumpur, 15 Disember 2020,

Cravito Group Sdn Bhd memperkenalkan eatwhatnxt, platform restoran digital yang dilihat bakal mengubah model perniagaan sektor minuman dan makanan (F&B).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vincent Lua, berkata eatwhatnxt adalah konsep perniagaan francais baharu yang akan mengumpul jenama restoran maya utama yang dibina untuk memacu pendapatan.

Katanya, langkah memaksimumkan keuntungan dengan menambah aspek restoran maya daripada keupayaan restoran sedia ada.

“Idea untuk mewujudkan eatwhatnxt muncul selaras dengan perkembangan digitalisasi masa depan dan kebanyakan restoran memiliki masa depan bergerak digitalisasi dan banyak restoran yang memiliki dengan kapasiti tambahan.

“Misi eatwhatnxt adalah memastikan restoran ini berkembang dan meningkatkan aliran pendapatan mereka tanpa perlu melabur untuk peralatan tambahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini, eatwhatnxt memiliki 12 jenama maya yang terbukti dengan data analitik seperti Ado-Rabowl, Rice Society, Souperlicious, Eo’ Garage, Wingin’ It, D’Platform, Monster Cheese, CargoStreet, Bun Barons, Rolly Polly, Tacology dan MDT Kape.

Menerusi eatwhatnxt, platform itu menawarkan pelbagai makanan termasuk ayam goreng Korea, makanan Korea, burger, taco dan dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh resipi Cravito Group.

Lua yang juga pemilik restoran MyeongDong Topokki berkata, syarikat itu bercadang untuk mengembangkan kepada lebih banyak jenama dalam masa terdekat.

“Kami menyasarkan untuk mewujudkan jenama maya dengan memanfaatkan pengalaman dalam data dan prospek.

“Menerusi pengalaman dalam data dan prospek, ia membolehkan kami membantu restoran meraih lebih banyak jualan,” katanya.

34

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2020/12/765347/eatwhatnxt-ubah-model-fb-cravito-group

  • 34