If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Chicken Cottage buka cawangan di TTDI

Kuala Lumpur, 2 April 2018,

Restoran makanan segera, Chicken Cottage, memperluaskan rangkaiannya dengan membuka cawangan kedua di Malaysia, yang bertempat di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), mulai hari ini.

Premis terbaharu itu menjadikan restoran makanan segera yang berstatus halal itu, kini mempunyai 90 cawangan di seluruh dunia. Cawangan pertama di Malaysia terletak di Kuala Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Chicken Cottage menyasar pembukaan cawangan di Putrajaya dan Johor pada masa terdekat.

“Untuk membuka cawangan baharu Chicken Cottage, kita melakukan kajian dan mengenal pasti demografi kawasan sekurang-kurangnya enam bulan bagi memastikan kelancaran operasi dan tenaga kerja yang mencukupi.

“Francais berpeluang meluaskan jenama ini hingga ke luar negara namun memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk satu cawangan di dalam negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan cawangan terbaharu Chicken Cottage itu, semalam.

NO. 110 (02042018)

Sumber : Berita Harian

Artikel Penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/04/406343/chicken-cottage-buka-cawangan-di-ttdi