If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Australia tawar peluang besar kepada francaisor Malaysia – Radzali Hassan

Putrajaya, 7 Ogos 2018,

(BERNAMA) — Australia menawarkan peluang pertumbuhan kepada jenama francais Malaysia, terutama sektor makanan dan minuman, kata Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Datuk Radzali Hassan.

Dalam kenyataan yang diedarkan pada Sesi Mengemakinikan Pasaran Antarabangsa (IMUS): Peluang dan Cabaran di Melbourne, Australia, di sini hari ini, Radzali berkata kopitiam Malaysia semakin kukuh di negara itu.

“Terdapat kira-kira 50 restoran francais kopitiam dibuka di Melbourne sahaja,” kata Radzali.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, akan menganjurkan Program Peluasan Francais ke Melbourne, Australia selama dua hari mulai 25 Ogos bagi membantu jenama tempatan berkembang.

Sepuluh francaisor akan menyertai program perdagangan itu termasuk Manhattan Fish Market, Marrybrown dan Smart Reader Kids.

Sumber: BERNAMA

Artikel penuh: http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1629748