If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

32 finalis berentap di pentas akhir Anugerah Francais Malaysia

23 November 2021, Putrajaya,

Seramai 32 finalis bakal berentap merebut gela­ran pemenang bagi 17 kategori Anugerah Francais Malaysia 2021 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Disember ini.

Antara syarikat atau jenama tersenarai sebagai finalis Anuge­rah Francais Malaysia 2021 adalah Cambrige English for Life, Seng Heng, Global Art, The Manhattan Fish Market, Liviva, Ar-Rahn, 7-Eleven, Tealive, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Utara Malaysia, Marrybrown, Myeodong Toppoki dan Penyet Penyet.com.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, penganjuran anugerah kali ke-23 itu bertujuan untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada penggiat francais di Malaysia yang telah menunjukkan komitmen berte­rusan dalam me­ningkatkan kua­liti dan prestasi cemerlang.

Menurutnya, anugerah tersebut juga mampu menjadi batu loncatan kepada syarikat francais untuk mengukuhkan jenama mereka di peringkat nasional mahu pun antarabangsa.

 

“Saya berkeyakinan penuh bahawa jenama yang bertan­ding mempunyai kualiti yang cemerlang dan berpotensi untuk berkembang maju.

“Nama finalis ini adalah jenama francais yang telah terpilih dan mempunyai kelayakan untuk menerima penganugerahan berprestij ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan nama peserta akhir Anugerah Francais Malaysia 2021 di sini semalam.

Mengulas lanjut, Hasnol menjelaskan, KPDNHEP melihat program anugerah berkenaan sebagai satu usaha dan sum­bangan Persatuan Francais Malaysia dalam memartabatkan industri francais negara.

Sehubungan itu, Hasnol berkata kementerian akan sentiasa menyokong usaha murni MFA dalam memacu industri francais negara ke arah lebih cemerlang.

“Semua ini dibuat untuk memastikan kebajikan usahawan dan peniaga francis terbela dan seterusnya merancakkan proses pemulihan ekonomi negara yang sedang berlangsung,” katanya.

Beliau menjelaskan, sehingga kini lebih 1,000 jenama francais berdaftar dengan KPDNHEP yang menawarkan pelbagai pe­luang perniagaan francais kepada orang ramai.

“Bagi meningkatkan lebih ramai usahawan francais dan mencipta peluang perniagaan berdaya maju kepada golongan B40 dan M40 serta penggiat francais KPDNHEP memper­kenalkan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik dengan peruntukan berjumlah RM5 juta tahun ini,” katanya.

FN43

 

Sumber: Kosmo

Artikel Penuh: https://www.kosmo.com.my/2021/11/23/32-finalis-berentap-di-pentas-akhir-anugerah-francais-malaysia/

  • FN43