Register ¤ Login
Pembekal Buku & Alat Tulis Rhythm
Azhan Md Maidin - Sun 6/Feb/05, 11:42pm [Last Comment]

As'kum & salam ceria buat semua,

Saya sedang bercadang ingin menjadi franchisee untuk Company Rhythm.

Oleh itu saya amat berharap sekiranya ada diantara saudara / saudari yang sudi berkongsi idea/ pengalaman diharap sudi menlampirkannya.
Disebabkan kos initial yang tinggi sekitar RM250k, jadi seharusnya saya perlu berhati-hati.
  1. Alwi - 18 Feb 2005, 1:37am
    Hubungilah franchisee rhythm dan dengar dari mereka sendiri pro dan kontra menjalan pernigaan kedai buku rhythm

  2. Nao - 17 Mar 2005, 10:42pm
    make sure everything in writing.

  3. Mr Faizal - 29 Mar 2005, 12:30am
    awak mesti bersedia black and white notjust pegi sahaja.. everything need to be considered tetapi first contact rhythm dulu because they know what best for you

  4. Zalira Akmal binti Ariffin - 20 Apr 2005, 6:09am
    Buat market study ttg lokasi anda, pengalaman franchisee lain dlm perniagaan ini dan cari prospek pasaran anda. Jika boleh sediakan unjuran perniagaan utk melihat pulangan modal anda. Semoga berjaya. Zalira 016-2103355

  5. Daud Jamal - 08 May 2005, 8:56am
    Buat ground work for this francaisor 1st. Ask KPUN kalau ada komplen dari francaisi. Ask francaisi sedia ada atau yang dah tutup. What so special or uniq about this francaisor and it's concepts?250k is too much.

  6. Ridzuan Ishak - 11 May 2005, 9:13pm
    Seperti yg MFA usulkan, study dahulu francaisor baru buat pilihan.

    Pandangan saya, francais sistem yg baik merujuk kepada keunikan barangan @ produk yang ditawarkan. Ini penting untuk memastikan daya saing dan mampu hidup kepada francaisi. Cth terbaik adalah KFC, McD,A&W. Walaupun ada orang lain cuba tiru tapi ia tetap unik.

    Berbanding dengan EOG,7-11,Rhythm. Produk mereka boleh didapati disemua tempat dan pada harga yang mungkin jauh lebih murah dan bagi francaisi pula pada profit yang jauh lebih tinggi, berbanding yang ditawarkan oleh sesetengah francaisor. Mereka ini mempunyai pesaing-pesaing yang tumbuh macam cendawan, kerana tiada yang special kecuali 'make-up' pada outlet dan iklan.

    Saudara jg perlu mengambil kira ROI dan kadar keuntungan hasil jualan produk francaisor tersebut. Ini penting kerana sesetengah mereka mempunyai hidden cost dan sistem yang sebenarnya belum sedia diberikan kepada francaisi.

    Ketelusan amat penting!Ada francaisor yang mempunyai masalah kewangan, tetapi menggunakan konsep francais untuk menambah outlet bilangan masing-masing dengan menggunakan duit francais.

    Adalah elok saudara membuat 'Edisi Siasat' sebelum menceburi francais tertentu. Langkah terbaik adalah melawat dan bertanya sendiri masalah dan kebaikan pada peserta/outlet sedia ada.Mungkin ada yang dah di tutup, yang bermasalah tetapi tidak dimaklumkan.Dan nasihat saya jangan terpengaruh dengan sebarang tawaran atau cth-cth yang diberikan oleh francaisor.Saya telah melalui 4 pengalaman temuduga francaisor yg mencurigakan dan dengan bantuan KPUN yang banyak membantu, hanya yang terbaik menjadi pilihan.Kerana pelaburan adalah tinggi.

  7. Hazrik - 12 May 2005, 4:58am
    pada pndpat sy pulak,250k untuk 1 shoplot mmg pelaburan yang tinggi.cadangan saya apa kata awak buat business plan sendiri, buat jenama sendiri.saya rasa lagi murah kot dari 250k utk 1 shop lot.kedai alatulis dengan buku takkanlah sampai mcmtu punya mahal.setakat renovate dgn perabot lebih2 pun 150k.lagi cepat awak dapat ROI awk.semoga berjaya

  8. Intan Hashim - 12 May 2005, 6:31pm
    Hi, i found a lot of information thru this MFA forum.
    there're seminar about Franchise Act on 18- 19 of May.Those who interested should attend this seminar. U will get a lot of info about ur right,hangky-panky agreement etc. To Azhan, just becarefull.Almost 80% of the total outlet under this francaisor are running lost.U must work hard if u r joining this francaisor which is normal in any business. Doesn't mean as franchisee u can relax and expect the monthly income/profit to come in. If u need further info, pls e-mail me personally.

  9. Intan Hashim - 12 Sep 2005, 9:51am
    Dengar ada a group of exfranchisee nak saman Rhythm.Hati-hati with this francaisor!!!!

  10. Diyana Enterprise - 08 Nov 2007, 3:45pm
    Saya pun pernah berminat untuk menjadi franchisee Rhythm tapi TAK JADI sebab saya buat edisi siasat sendiri dengan franchisee yang ada. Mereka ada merungut hal2 spt ini 1) buku2 teks sek mahupun buku2 rujukan yang dipesan pd franchaisor lambat sampai ke kedai mereka 2) mereka terpaksa bergantung pada income jualan alat tulis. 3) hendaklah faham buku2 teks sekolah telah menjadi BUKU BANTUAN KERAJAAN kepada rakyat Malaysia. 4)kedai buku Rhythm tidak mempunyai daya saing dengan kedai2 buku yang dah lama establish di bandar2 jadi boleh cuba hanya di kawasan pendalaman saja. Itu saja info yang saya tahu. TK

Page 1                        (Total comments 10)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.