Register ¤ Login
Membuat Pinjaman Perniagaan Bagi Usahawan Muda Tiada Modal.
Jeffrey - Wed 23/Mar/11, 5:28pm [Last Comment]

Saya ingin mendapatkan keterangan yg jelas agensi kerajaan manakah yg dapat membantu usahwan muda dari segi pinjaman dana SEGERA tanpa cagaran.Jumlah pelaburan dari 20 k 40 k sahaj. Perniagaan yg akan sy jalankan adalah makanan(foodcourt).Mohon bantuan anda saudar-saudari usahawan sekalian.
  1. Mazril Bin Dato Zaini - 24 Mar 2011, 10:01am
    Biasanya jika Bumiputera, permohonan boleh dilakukan samada melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS) atau SMEBank. Mungkin juga boleh memohon melalui MARA.

  2. Jeffrey - 25 Mar 2011, 12:29am
    Thank you for your reply en Mazril.Tp syarat-syaratnya sy tak terikut.Antaranya cagaran.Untuk freshgraduate manala ada apa-apa.Peluang dah ada,lokasi sgt sesuai,produk yg hendak dijual sgt sesuai.Sy dh lihat syarat2 PNS,dan SME.Mereka takkan bagi loan jika tak ikut syarat..Loan tak banyak.Mungkin ada cara lain.Harap boleh bantu.Thanks

  3. Mazril Bin Dato Zaini - 28 Mar 2011, 2:05pm
    Bukan nak cakap apa, tapi itulah realiti. Skim francais banyak, tapi bagi mereka yang berminat dan mampu amat terhad.

    Perniagaan apa sekalipun memerlukan modal dan komitmen. Tapi dari mana ingin mendapatkan dana untuk modal tu, saya tak boleh nak terang lebih lanjut. Ini kerana setiap orang tu, lain liabilitinya, yang menghadkan keupayaan untuknya mendapatkan dana mula perniagaan.

  4. Zaidah 8 - 29 Mar 2011, 4:00pm
    Hi Jeffrey, sekiranya Jeffrey seorang bumiputra, PUNB ada sediakan pinjaman utk freshgraduate. Tiada cagaran yang diperlukan. Taklimat PUNB ialah setiap hari Isnin jam 11 pagi di bangunan PUNB KL tingkat 10, jgn lupa bawa RM20 dan salinan sijil sekali. Apa2 pun, call PUNB dulu utk dapatkan maklumat lanjut.

  5. Mazril Bin Dato Zaini - 29 Mar 2011, 5:47pm
    Zaidah, adakah PUNB boleh memberikan pinjaman kepada francaisi. Tak silap saya tak boleh kerana semua di bawah PNS. jika boleh, saya ingin tahu lebih lanjut mengenai tawaran PUNB kepada francaisi2. sila email saya di mazril@little-taiwan.com

  6. Amnan Fakri Othman - 13 Apr 2011, 5:57pm
    Saya ingin mendapatkan maklumat tentang pinjaman bagi membesarkan perniagaan pertanian, saya telah mencuba di bank pertanian, tetapi memerlukan cagaran atau penjamin.
    Kos yang diperlukan adalah RM 150k
    Ada agensi kewangan lain yang berurusniaga dalam sektor pertanian khususnya yang melibatkan penanaman?
    -Siswa Cameron-

  7. Haziq 100 - 08 Oct 2011, 4:08am
    saya ingin mendapatkan maklumat jelas tentang pinjaman bagi untuk memulakan perniagaan dobi .
    jumlah kos yg dperlu kn 300k termasuk renovation.
    jenis dobi yang hendak dijalankan,SELFSERVIS/LAYANDIRI.
    equipment yang diperlukan washer 10
    dryer 5 iron 5.

    http://www.smartwash2u.com/pic/gallery/wet_wash/wet_02.jpg

    http://www.smartwash2u.com/pic/products_iron_2.jpg

  8. Lindsay Ong - 24 Oct 2011, 2:13pm
    Salam bahagia. Saya Lindsay Ong dari Kota Bharu dan saya kini buka sebuah kedai barangan pengantin (cina) dan barangan aksesori wanita. Modal perniagaan saya amat kecil dan memerlukan modal tambahan untuk memperkembangkan perniagaan saya. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat pinjaman modal?
    Terima kasih

  9. Khairul 122 - 03 Nov 2012, 12:32am
    salam,saya khairul dari selangor.saya mempunyai perancangan untuk memulakan perniagaan cyber cafe di lokasi saya yang amat strategik,dan mempunyai cagaran untuk membuat pinjaman tapi mungkin tidak mencukupi..tapi saya memerlukan bantuan pengetahuan mengenai perniagaan ini dan bantuan untuk modal..bagaimana cara untuk saya mendapatkan bantuan tersebut???

  10. Vannysiow - 17 Dec 2012, 9:06am
    Saya nak buka satu kedai yg memjual sayur sayuran & buah buahan, tapi i tak ada modal bolehkah i tau macam mana boleh dapat pinjaman

  11. Vegneshan - 02 May 2013, 3:37pm
    Shan
    Saya ingin membuka sebuah super market.Berapakah modal saya perlukan and saya perlukan bantuan pinjamin dari pihak yang betul betul boleh menolong saya dan saya perlukan bantuan ..modal yang saya ada tidak mencukupi...harap dapat nasihat and bantuan segera....terima kasih

  12. Daim 2 - 06 May 2013, 10:39am
    Saya baru dapat kedai dari MARA...Tp saya x cukup modal lagi nak bukak kedai. nak tolak kedai tu sayang sgt...macamana n dari mana saya nak dapatkan modal ni??

  13. Mrchot5 - 10 May 2013, 2:38pm
    Selamat petang, saya mohd hamidi ingin membuka restoran modal cume ade 15k itu pon cukup untuk modal deposit kedai saja, jadi saye ingin tahu dari mane sumber saya boleh dapat menambahkan modal saya....?

  14. Khairil 36 - 21 May 2013, 9:24pm
    Hi, saya khairil jika anda memerlukn pinjaman perniagaan atau peribadi boleh cari 'Persatuan perundingan senarai hitam 1 malaysia' di facebook. Anda boleh hubungi contact person di page atau comment di page.please like n share thanks.

  15. Yeoh Zhee Wei - 27 Jun 2013, 12:49am
    salam sejatera , saya yeoh dari puchong selangor , saya ingin memperkembangkan perniaga saya . saya niaga brg kesihatan sepeerti insole ,arch support. bagaimana saya nak membuat pinjaman tersebut?

  16. Teratak Kreatif - 05 Jul 2013, 5:52am
    Assalamualaikum, saya azie... saya ingin buka kedai jahitan.. peralatan 80% sudah ada (pelanggan sedia ada).. cuma saya memerlukan modal untuk memulakan perniagaan bagi menyewa permis termasuk renovation.. anggaran modal yang diperlukan rm10 k.. bagaimana cara untuk saya mendapat modal melalui skim pinjaman yang tiada cagaran ??...

  17. Elina 6 - 18 Jul 2013, 4:08am
    assalamualaikum, saya ingin meminjam modal untuk berniaga secara online. saya sudah pun bermula tetapi sebagai ejen dropship. bagaimana kah caranya untuk mendapatkan sedikit suntikan modal? kerana saya bercadang untuk membeli secara borong pakaian muslimah dari pembekal yang telah dikenalpasti dan menjualnya terus kepada pelanggan. terima kasih kepada yang sudi membantu.

  18. Mizhar - 15 Aug 2013, 1:23am
    salam... saya ingin mengetahui bagaimana caranya untuk meminjam mahupun mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan kolam ikan air masin berbayar. Di mana lokasinya agak baik,berdekatan dengan bandar,tanah milik sendiri. Memerlukan dana 50k mungkin kurang ataupun lebih.

  19. Tengku Aima Munirah Shahida 2 - 08 Sep 2013, 6:01pm
    sy nk berniaga kedai telengkung solay n jubah..
    mcm mna sy nk buat loan..
    kerana modal sy tidak mcukupi..

  20. Norain 13 - 28 Oct 2013, 12:13am
    Abg sy pandai membaiki kereta,motor n jentera berat...dia ingin membuka kedai tapi tiada modal macam mn nak dpt bantuan pinjaman...

  21. Najua Khalid - 09 Feb 2014, 4:56pm
    saya najua saya ingin mencuburi dalam bidang perniagaan..tapi tiada modal..memerlukan dana sebanyak 30k..bagaimana cara untuk membuat pinjaman tersebut ??

  22. Mohd Faizal 15 - 24 Feb 2014, 3:04pm
    kami setiausaha syarikat bumiputera menyediakan khidmat konsultansi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pinjaman, dana atau geran dari kerajaan untuk mengembangkan atau memulakan perniagaan. Untuk sembang2 hubungi 017 4544764

  23. Norliza 10 - 27 Feb 2014, 12:04pm
    sy lieza,sy nk tau adakah sy layak untuk membuat pinjaman di punb kerana sy ingin membuat pinjaman perniagaan makanan dan minuman di kilang..anjaran sy untuk membuat pinjaman tersebut minimun 20k sahaja

  24. Soffian Mansah - 26 Mar 2014, 2:33pm
    saya baru mula berniaga,saya mnjalankn aktivi perniagaan yang berkaitan dengan perladangan kelapa sawit d bawah naungan felda,tpi pada msa ini sya kkurangan modal utk mneruskn bisnes sya ini krana pusingan modal xmncukupi...sya mmerlukan modal pusingan rm20000 utk tujuan penambahan aset kerana projek yang d berikn kpada sya smakin mningkat pda masa ini.

  25. Assraf Nasir - 06 Apr 2014, 11:01pm
    Salam semua. Saya Assraf. Saya ingin membuka sebuah Gym Cheerleading di kawasan Lembah Klang. Tapi apa yang mwrunsingkan saya bersama 2 lagi rakan kongsi saya ialah dana/modal utk membuka perniagaan. Perniagaan kami lebih tertumpu kepada belia. Anggaran kos utk membuka gym tersebut lebih kurang RM100k. Soalannya dimanakah kami boleh mendapatkan sumber modal itu.

  26. Aiman Iman - 12 Apr 2014, 5:25pm
    salam semua,saya abdul jalil bin mohammad kharidi, saya berminat membuka sebuah kedai runcit di kawasan seri iskandar ,perak. tapi yang menjadikan masalah saya dan sahabat saya adalah dana/modal untuk membuka perniagaan tersebut. Perniagaan kami menjual barangan keperluan harian dan tertumpu kepada masyarakat yang tinggal di kawasan seri iskandar, perak. Anggaran modal yang diperlukan ialah lebih kurang RM200k . Persoalannya diamanakah kami boleh mendapatkan sumber modal tersebut..

  27. Engku Intan Marini - 13 Apr 2014, 10:31pm
    As salam. Sy ingin membuka perniagaan restoran di lembah klang. Sy memerlukan modal dlm rm200k. Bagaimana kah sy ingin memohon pinjaman perniagaan ini?

Page 1                        (Total comments 27)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas by MFA members or the public are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. MFA does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT/REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. This forum is NOT intended to be a source of advertising, self-promotion or disparagement. MFA assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by MFA, however MFA reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by MFA. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of MFA. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.