Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holding), pengeluar jenama teh gaya hidup, Tealive tidak menolak kemungkinan untuk menembusi pasaran Jepun pada hujung tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Loo, berkata syarikat sentiasa meninjau pasaran berpotensi untuk diteroka bagi memperluas kehadiran Tealive pada peringkat global.
Beliau berkata, ketika ini Loob Holding dalam peringkat perbincangan bersama beberapa pihak sebelum keputusan untuk membuka cawangan Tealive itu dimuktamadkan sepenuhnya.
” kami mahu menjadikan Tealive sebagai jenama global dan untuk itusyarikat akan lebih berhati-hati memilih rakan kongsi bagi melaksanakan perniagaan ini. Buat masa ini syarikat ada berjumpa dan berbincang dengan beberapa syarikat tempatan dan kami berharap ia dapat dimuktamadkan pada suku terakhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Kerjasama Tealive dan Giftee Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Sumber: Berita Harian