Maklumat Peserta: Muhammad Ikhwan Sulaiman
Semakan Jawapan Soalan Kuiz
✔ Negaraku
✔ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
✔ 14
✔ 31 Ogos 1957
✔ 30 Ogos 1994
✘ Sultan Hisamuddin Alam Shah (Jawapan Betul: Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad)
✔ Bunga Raya
✔ Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
✔ 31 Ogos 1970
✔ Penubuhan Persekutuan Malaysia
✔ Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka)
Soalan Subjektif & Bonus
12. Pendapat Erti Kemerdekaan:
Pada pendapat saya, kemerdekaan yang sebenar bagi generasi muda hari ini ialah menghargai nikmat kebebasan yang dikecapi hasil pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh serta pejuang terdahulu. Mereka telah berkorban tenaga, masa dan nyawa demi memastikan negara bebas daripada penjajahan.
Sebagai generasi muda, kita perlu mengenang jasa mereka dengan menjaga keamanan negara, memelihara perpaduan rakyat, menghormati perbezaan kaum dan agama, serta berusaha menjadi warga yang berilmu dan berakhlak. Kemerdekaan bukan hanya sambutan tahunan, tetapi tanggungjawab untuk meneruskan legasi perjuangan mereka dan memastikan Malaysia terus maju serta berdaulat.
Ringkasnya, kemerdekaan sebenar ialah menghargai pengorbanan pejuang terdahulu dan menggunakan kebebasan yang diberikan untuk membina masa depan negara yang lebih baik.
Soalan Bonus (Pengalaman Bermakna):
Kenangan yang tak dapt dilupakan ialah ketika menyambut hari lahir ayah saya di KFC. Itulah pertama kali ayah saya menyambut hari lahir seumur hidupnya. Ayah saya ex soldier yang tak berpencen, keluarga kami susah. untuk makan fast food ni kena makan rumah sedara mara. so kami tak pernah sambut hari lahir ayah atau mak kami. Tapi bila hari lahir kami adik beradik. Mak akan masak makanan kegemaran kami untuk menyambut hari lahir kami. Kek? memang xda la. so selepas kami membesar dan bekerja dan saya pun berkahwin dan isteri saya suka sambut hari lahir dan kami merancang untuk sambut birthday ayah di KFC sebab dia suka coleslaw KFC. itulah kenangan kami dia KFC.








