KUALA LUMPUR 5 April – Lebih 200 peserta pameran Franchise International Malaysia (FIM) 2019 diraikan pada majlis makan malam yang dijalankan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Majlis yang bermula pada pukul 6.30 petang itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Acara dimulakan dengan iringan lagu-lagu instrumental dan nyanyian oleh artis-artis jemputan. Turut dijalankan majlis penyerahan sijil pendaftaran francaisor-francaisor tempatan. FIM 2019 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dengan penyertaan lebih 100 syarikat francais tempatan dan 13 buah syarikat antarabangsa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lebih-200-peserta-fim-diraikan-dalam-majlis-makan-malam-1.877170#ixzz5kHAfkEaN
© Utusan Melayu (M) Bhd