Cyberjaya, 13 March 2019
Domino’s Malaysia menyasarkan pembukaan 12 lagi cawangan baharu menjelang hujung tahun ini.
Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Abdul Rahman, berkata ketika ini Domino’s mempunyai 237 cawangan di seluruh negara.
Beliau berkata, pembukaan cawangan baharu itu akan memastikan syarikat dapat meneruskan pertumbuhan positif pada 2019 meskipun dalam landskap perniagaan mencabar berikutan ketidakstabilan ekonomi dunia.
“Kami optimis dengan prestasi perniagaan tahun ini walaupun Domino’s adalah syarikat pertama menurunkan harga jualan selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan kerajaan bagi menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Melalui pertambahan cawangan itu, kami menjangkakan mampu untuk mencapai pertumbuhan lebih baik daripada aspek jualan di setiap cawangan dan secara keseluruhan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pertandingan Pembuat Piza Terpantas Domino’s Malaysia 2019 di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/03/540106/dominos-sasar-buka-12-lagi-cawangan-tahun-ini