Industri francais tingkatkan sosio-ekonomi
Kuala Lumpur, 8 September 2022, Industri francais mampu memainkan peranan meningkatkan sosio-ekonomi golongan B40 dan M40. Usaha tersebut digerakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP menerusi program Francais Mikro Dan Mampu Milik, F3M. Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan komited menyokong usaha tersebut dari sudut pakej latihan dan pembiayaan.…


















