Pernas sasar lahir 22 usahawan pra francais
Kuantan, 29 Jun 2022, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan untuk melahirkan 22 usahawan pra-francais baharu di bawah Program Transformasi Perniagaan (BIT) tahun ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mazlan Ibrahim berkata, terdapat 184 jenama telah berdaftar di bawah program tersebut dengan 2,000 pra francais berjaya dilahirkan seterusnya membuka lebih 4,000 peluang pekerjaan. Menurutnya, sejak tahun 2013,…











