Jenama Siti Khadijah angkat martabat telekung
1 Julai 2019, Jika beg tangan dan tudung boleh diangkat martabat dengan harga ribuan ringgit, mengapa telekung tidak boleh? Begitulah jawapan Pengasas Siti Khadijah (SK), Padzilah Enda Sulaiman apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk menceburi perniagaan telekung pada 2009. Padzilah berkata, pada waktu itu, telekung kebanyakannya dijual pada harga serendah RM50 dan bersesuaian dengan harganya,…
















