If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

YaPEIM sasar 100,000 pelanggan aplikasi DiYa

Putrajaya, 18 Mei 2022,

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyasarkan 100,000 pelanggan bagi Aplikasi Digital YaPEIM atau DiYa dalam tempoh 12 tahun akan datang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sejak dibuka kepada pelanggan Mac tahun lalu, 13,546 pelanggan sudah berdaftar menerusi aplikasi DiYa itu dan jumlahnya dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa. Beliau berkata, aplikasi itu dijangka akan mendapat sambutan ramai kerana ia diyakini dan dikendalikan oleh agensi kerajaan.

“DiYa adalah satu aplikasi mudah alih yang dicipta untuk memudahkan pelanggan mengakses semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan YaPEIM dan anak syarikat milik penuh YaPEIM dengan pantas.¬† Ia bakal menjadi platform dalam talian yang mampu meningkatkan keupayaan YaPEIM dalam memantapkan teras perniagaan dijalankan terutama membabitkan perusahaan emas dan pajak gadai,” katanya melancarkan aplikasi itu, semalam.

Katanya, menerusi aplikasi DiYa, pelanggan YaPEIM boleh mengakses secara mudah produk Akaun Emas YaPEIM (SERY) untuk melakukan perkhidmatan membeli dan menjual emas secara dalam talian serta mendapatkan komisyen apabila memperkenalkan SERY kepada pelanggan lain.

Idris berkata, perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM Online yang terdapat di dalam aplikasi DiYa juga  memudahkan pelanggan membuat pembayaran semula pinjaman dan caj upah simpan menerusi pautan yang disediakan. Menurutnya, aplikasi DiYa turut memberi akses kepada pelanggan setia YaPEIM Gold Digital Store untuk mendapatkan kemas kini produk terbaru YaPEIM Gold serta boleh membuat pembelian secara dalam talian.

 

 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Penuh: https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/05/yapeim-sasar-100000-pelanggan-aplikasi-diya/