If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Usahawan ditawar jadi francaisi KR1M

28  April 2014 – Berita Harian

Mydin rancang kendali 222 cawangan menjelang tahun depan

Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) yang merancang mengendalikan 222 cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara menjelang tahun depan, turut menyediakan peluang kepada usahawan tempatan menyertai kerancakan program pengembangan itu dengan menjadi francaisi.  Pengarah Urusan, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, berkata rancangan peluasan operasi KR1M itu sejajar dengan hasrat kerajaan membuka lebih banyak cawangan bagi memberi peluang kepada rakyat menikmati produk yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. 

Sejak pelancaran KR1M pada tahun 2011, kerajaan sudah membuka ruang kepada usahawan menjadi francaisi KR1M” Dr Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd


“Ruang yang dibuka kepada usahawan menjadi sebahagian daripada peluasan operasi KR1M ini, jelas membuktikan Mydin tiada hasrat memonopoli perniagaan berkenaan seperti mana didakwa sesetengah pihak.

“Sejak pelancaran KR1M pada tahun 2011, kerajaan sudah membuka ruang kepada usahawan berminat untuk menjadi francaisi KR1M, tetapi hanya segelintir saja yang berminat.

Margin keuntungan kecil 

“Kebanyakan usahawan hanya mahukan keuntungan segera, sedangkan KR1M menawarkan margin keuntungan kecil kerana objektif penubuhannya adalah membantu rakyat berpendapatan rendah berbelanja pada harga yang amat berpatutan,” katanya kepada BH.  Ameer berkata, antara kriteria yang perlu bagi menjadi francaisi KR1M termasuk modal sekurang-kurangnya RM500,000, pemilihan lokasi ditentukan kerajaan dan premis perlu diuruskan sendiri pemilik.

Usahawan atau koperasi yang berminat menguruskan KR1M boleh berhubung terus dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai francais KR1M.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, KR1M kini beroperasi di 131 cawangan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 98 cawangan beroperasi di Semenanjung, manakala Sarawak (20 cawangan) dan Sabah (13 cawangan).

Daripada 131 cawangan yang beroperasi setakat ini, hanya enam cawangan masing-masing di Tuaran, Sabah; Dungun, Terengganu; Kuala Kurau dan Pengkalan Hulu, Perak; Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur; serta Presint 16, Putrajaya diuruskan oleh francaisi.

Setiap cawangan KR1M menawarkan 365 SKU menggunakan jenama 1Malaysia yang dijual pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding produk sama yang berjenama terkemuka. 

Terdapat banyak faktor menyebabkan produk 1Malaysia dijual pada harga lebih murah walaupun kualiti yang ditawarkan sama dengan jenama terkemuka dan semua barang kecuali tepung dan minyak masak tiada subsidi oleh kerajaan.

Antaranya termasuk produk dihasilkan industri kecil dan sederhana, kaedah pembukusan yang tidak kompleks, tidak memerlukan promosi dan pengiklanan.

Rancang buka 60 KR1M

Ameer berkata, Mydin merancang membuka 60 KR1M baharu menjelang akhir tahun ini membabitkan pelaburan antara RM500,000 hingga RM1 juta bagi setiap cawangan tidak termasuk peruntukan berjumlah RM50 juta yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan memperuntukkan RM50 juta sebagai perbelanjaan modal premis untuk 60 KR1M baharu tahun ini, manakala Mydin akan melabur RM500,000 hingga RM1 juta untuk produk yang dibekalkan di setiap cawangan bergantung kepada keluasan premis, lokasi dan negeri operasi,” katanya.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya RM500,000 nilai barang yang diperlukan untuk diisi di KR1M di Semenanjung , manakala RM1 juta diperlukan untuk cawangan di Sabah dan Sarawak.