If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

The Chicken Rice Shop mahu buka 13 lagi restoran

The Chicken Rice Shop mahu buka 13 lagi restoranPENGERUSI TCRS Restaurants Sdn Bhd, Tunku Datuk Mutamir Tunku Tan Sri Mohamed (dua dari kanan) bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif TCRS, Wong Kah Lin (kanan) dan Pengarah Urusan TCRS, Gaik Wong (dua dari kiri) ketika majlis memperkenalkan menu terbaharu The Chicken Rice Shop, Ayam Rangup Berapi di Mid Valley, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: TCRS Restauran Sdn Bhd yang mengendalikan rangkaian restoran The Chicken Rice Shop menyasarkan membuka sehingga 13 lagi cawangan restoran itu dalam dan luar negara tahun ini.  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Kah Lin, berkata ia akan membabitkan anggaran kos pembukaan setiap cawangan mencecah melebihi RM1 juta (cawangan dalam negara) bergantung kepada lokasi dan saiz restoran berkenaan.  “Untuk suku pertama tahun ini, kami menyasarkan membuka tiga cawangan di Yangon, Myanmar daripada lima cawangan keseluruhannya penghujung tahun ini. “Selain itu kami turut mengembangkan lagi pasaran di Brunei dengan membuka lima cawangan di sana dalam tempoh tiga tahun. “Untuk pasaran tempatan pula, sebanyak 8 cawangan bakal dibuka diseluruh negara tahun ini,” katanya selepas melancarkan menu baru ‘Ayam Rangup Berapi’ di sini sebentar tadi. Wong berkata, pihaknya juga yakin pertumbuhan syarikat akan meningkat 19 peratus tahun ini berbanding hanya tujuh peratus pada 2016. Sementara itu, menu ‘Ayam Rangup Berapi’ boleh didapati dengan hidangan ala carte pada harga RM15.80 di semua cawangan restoran berkenaan bermula 6 Januari hingga 31 Mac ini. Terdapat juga hidangan kombo bagi seorang hingga empat orang dengan harga permulaan serendah RM19.80.

 

MENU terbaharu The Chicken Rice Shop, Ayam Rangup Berapi. - Foto Asyraf HamzahMENU terbaharu The Chicken Rice Shop, Ayam Rangup Berapi. – Foto Asyraf Hamzah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/236254