If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Tawar lebih banyak francais mikro, mampu milik

Kuala Terengganu, 10 April 2021,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meminta lebih banyak francaisor memanfaatkan Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid, berkata ketika ini ada 1,091 jenama francais yang berdaftar di Malaysia yang mana daripada jumlah itu, 694 adalah jenama francais tempatan.

“Namun, setakat ini hanya 12 jenama francais sahaja telah menawarkan francais mikro dan francais mampu milik. Jumlah itu masih terlalu kecil berbanding 1,091 jenama francais yang berdaftar.

“Oleh kita, kita harap sangat agar pemilik francais yang sudah berjaya ini sama-sama membantu kerajaan dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka dan pada masa sama membantu golongan sasar iaitu golongan B40 dan M40 meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka melalui perniagaan francais,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Franchise Bay peringkat Negeri Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman dan Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.

Rosol berkata, kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik khusus untuk golongan B40 dan M40 menceburi bidang francais.

“Francais mampu milik adalah pakej perniagaan RM100,000 ke bawah manakala francais mikro pula RM50,000 ke bawah.

“KPDNHEP akan menyediakan dua bentuk geran iaitu Geran Pembangunan Pakej Francais Mikro/Mampu Milik iaitu geran penularan berjumlah RM2 juta yang ditawarkan kepada pihak francaisor bagi tujuan membangunkan prototaip francais mikro dan mampu milik.

“Selain itu, Geran Pemudahcara Francais Mikro dan Francais Mampu Milik iaitu geran padanan berjumlah RM2.5 juta untuk golongan B40 dan M40,” katanya.

Sementara itu, Terengganu adalah lokasi kedua bagi Program Jelajah Franchise Bay selepas ia dilancarkan di Melaka pada 2 hingga 4 April lalu.

Siri sama akan dilaksanakan di Johor, Pahang, Selangor, Kedah dan Sarawak sebagai salah satu inisiatif membantu negara memulihkan ekonomi selain menggalakkan lebih ramai usahawan menyertai industri berkenaan.

62

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/805589/tawar-lebih-banyak-francais-mikro-mampu-milik

  • 62