If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Siti Khadijah Apparel bakal tembusi pasaran antarabangsa

Bangi, 17 Jun 2022,

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd merancang membuat kemunculan di pasaran antarabangsa bagi produk terbarunya hasil kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, pasaran itu mempunyai potensi bagi produk baharu dalam mengetengahkan nilai dan budaya masyarakat Melayu.

Katanya, walaupun berkemungkinan berlaku persaingan di negara tertentu seperti Indonesia, pasaran mampu ditembusi berdasarkan kemampuan dan kualiti produk.

“Kami mempunyai model perniagaan dan produk tersendiri untuk menembusi pasaran luar. Tambahan pula dengan hasil kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, kami yakin produk dihasilkan berpotensi tinggi terutama dengan penampilan corak serta nilai tersendiri.

“Paling penting, kami mahu meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat selain di negara ini untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Mohammad Munzir, koleksi telekung yang dihasilkan daripada corak tradisional Melayu ini akan mula memasuki pasaran Siti Khadijah bermula bulan Januari 2023.

“Kami juga mahu mengkormersilkan nilai estetika masyarakat Melayu. Kain-kain ini akan dicorakkan hasil pengamatan khat manuskrip dengan motif corak yang berinspirasikan alam semula jadi,” jelasnya.

 

 

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2022/06/966929/siti-khadijah-apparel-bakal-tembusi-pasaran-antarabangsa