If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Silver Yeild labur RM14.8 juta buka 100 cawangan House of Mini

14  April 2014 – Utusan Malaysia

Ahmad Maslan (empat dari kiri) mencuba donut mini selepas merasmikan cawangan House of Mini di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, kelmarin.

Ahmad Maslan (empat dari kiri) mencuba donut mini selepas merasmikan cawangan House of Mini di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, kelmarin.

MELAKA 13 April – Pemegang induk francais House of Mini, Silver Yeild Sdn. Bhd. (Silver Yeild) mensasarkan pertambahan 100 lagi cawangan dalam tempoh dua tahun dengan jumlah pelaburan minimum RM14.8 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Nazeem Jaabar berkata, House of Mini yang terkenal dengan kek cawan dan donut mini itu kini telah mempunyai sebanyak 30 cawangan di seluruh negara.

“Kita telah membuka cawangan pertama di negara ini pada Januari tahun lalu di Berjaya Times Square selepas dilancarkan di Hotel Royal Chulan pada September 2012.

“Kita telah menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan kebajikan Insaniah (Srikandi Malaysia) pada tahun lalu dan mensasarkan pembukaan cawangan baharu antara 50 hingga 100 dalam tempoh dua tahun.

“Silver Yeild memperuntukkan pelaburan minimum RM148,000 untuk sebuah cawangan, namun ia bergantung kepada lokasi, lebih ramai tumpuan pelaburan akan lebih mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian House of Mini yang diusahakan oleh syarikat Dragon Heart Sdn. Bhd. (Dragon Heart) di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Banda Hilir di sini semalam.

Hadir merasmikan pembukaan cawangan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang juga Penasihat Kehormat Srikandi Malaysia.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Dragon Heart, Anuar Hassan.

Menurut Mohd. Nazeem, pihaknya akan mengeluarkan lebih banyak makanan mini selain kek cawan dan donut mini mengikut permintaan semasa termasuk pizza mini dan sandwich mini pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Anuar yang juga pengusaha House of Mini cawangan KSL City Mall, Johor Bahru berkata, pihaknya akan membuka empat lagi cawangan House of Mini termasuk di AEON Bandar Raya Melaka, City Square Mall Johor Bahru, Sutera Mall Johor Bahru dan Angsana Shopping Mall Johor Bahru dalam tempoh dua bulan.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk membuka 20 lagi cawangan House of Mini di seluruh semenanjung dalam tempoh setahun.

“Matlamat utama Dragon Heart berkecimpung dalam bidang francais ini sejajar visi kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bagi meningkatkan ekonomi negara serta taraf hidup rakyat di negara ini,” katanya.