If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Program Francais Mikro dan Mampu Milik Tarik Minat B40 dan M40

12 Januari 2022, Putrajaya,

Program Pembangunan Francais Mikro Dan Mampu Milik (F3M) yang dilaksanakan menerusi siri program Jelajah Francais dan Program Latihan di seluruh negara, mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat terutamanya dalam kalangan B40 dan M40.

Persatuan Francais Malaysia (MFA) dalam satu kenyataan semalam berkata program anjuran pihaknya bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu bertujuan untuk menarik penglibatan lebih ramai golongan B40 dan M40 serta PKS menceburi bidang perniagaan francais.

Ketua Eksekutifnya Ahmad Faizal Mohamed Noor berkata siri jelajah dan program F3M di seluruh negara itu menyasarkan lebih 1,000 penyertaan daripada kalangan B40 dan M40 yang berminat untuk menceburi francais pada tahun ini.

“Dijangkakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah penyertaan tersebut akan menceburi perniagaan francais mikro dan mampu milik sekiranya lebih banyak dana dapat diperuntukkan oleh kerajaan.

“MFA optimis program ini akan melahirkan lebih ramai usahawan francais sebagaimana disasarkan selain membantu golongan B40 dan M40 meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Ahmad Faizal berkata memandangkan sambutan menggalakkan yang diterima sejak ia diperkenalkan tahun lalu pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penambahan dana bagi program berkenaan untuk tahun 2022.

Menurutnya, sebanyak 11 siri program jelajah francais dirangka dilaksanakan di seluruh negara bermula 8 dan 9 Januari lalu di Perlis dan Pulau Pinang manakala destinasi terakhir akan diadakan di Sabah pada 25 Jun.

Beliau berkata program jelajah tersebut bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat setempat mengenai peluang perniagaan francais yang boleh diterokai dan inisiatif kerajaan dalam membantu mereka menceburi perniagaan francais.

Selain itu, Program Latihan – Kursus Asas Perniagaan Francais di bawah inisiatif program F3M yang dilaksanakan juga merupakan persediaan kepada bakal usahawan francais untuk memahami dengan lebih jelas mengenai sistem perniagaan francais.

Maklumat lanjut berhubung Program Jelajah Francais Mikro Dan Mampu Milik boleh didapati di www.mfa.org.my.

Sumber: Malaysia Aktif

Artikel Penuh: https://malaysiaaktif.my/107042