If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Program F3M bantu lahirkan pemilik francais golongan B40, M40 – KPDNHEP

Kuala Lumpur, 28 Julai 2022,

Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M) yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 2021 telah mula menunjukkan kejayaan dalam membantu melahirkan pemilik francais daripada golongan B40 dan M40.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata ini adalah berdasarkan lawatan Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid ke outlet Global Art Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, hari ini yang merupakan antara outlet francais tempatan bertaraf antarabangsa di bawah program F3M yang kini didapati mempunyai 168 outlet dalam negara dan 493 outlet di luar negara.

Menurut kenyataan itu, Rosol turut mengadakan pertemuan bersama dengan pemilik outlet itu, Cheong Shu Qi, yang merupakan golongan B40 bagi mengetahui perkembangan terkini pengoperasian outlet francais di bawah pelaksanaan F3M.

“Outlet Global Art Damansara Perdana 2 merupakan salah satu outlet francais yang dilahirkan oleh KPDNHEP melalui inisiatif pemberian Geran Padanan di bawah pelaksanaan Program F3M. Sehingga kini, Global Art telah berkembang ke 21 negara antaranya Indonesia, Vietnam, Hong Kong, India, Australia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu, hari ini.

KPDNHEP turut memaklumkan program F3M yang dilaksanakan dengan
kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) itu telah berjaya menempatkan golongan B40 dan M40 dalam arus pembangunan industri francais serta mengikis persepsi bahawa francais merupakan perniagaan ‘kayangan’ kerana memerlukan modal yang besar.

‘Pelaksanaan F3M juga merupakan komitmen KPDNHEP dalam usaha meningkatkan penglibatan golongan tersebut dalam industri francais bukan sekadar sebagai pekerja di outlet francais tetapi sebagai pemilik kepada jenama erkenal francais tempatan.

‘Inisiatif F3M yang diperkenalkan pada 2021 dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan perniagaan francais berskala mikro dan mampu milik dalam negara serta membantu meningkatkan kualiti hidup golongan B40 dan M40 untuk menjana pendapatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPDNHEP, program F3M bukan sahaja memberi peluang kepada francaisor mengembangkan jenama francais mereka tetapi juga dapat melahirkan lebih ramai pemain industri francais khususnya dalam kalangan generasi muda M40 dan B40 selaras dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan serta mengurangkan kadar pengangguran.

“KPDNHEP amat menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program F3M dan pencapaian penerima geran yang berjaya membuka perniagaan francais di bawah inisiatif ini.

“Adalah diharapkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meneruskan program F3M ini untuk jangka masa panjang bagi melahirkan lebih ramai pemilik perniagaan francais pada masa hadapan dan penciptaan pekerjaan baharu,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2104955