If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

PJFB buka peluang perniagaan francais kepada masyarakat

Shah Alam, 19 Ogos 2022,

Program Jelajah Francais Bay (PJFB) akan membuka peluang kepada masyarakat sekitar Lembah Klang untuk menceburi bidang perniagaan francais dengan pakej mampu milik, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Beliau berkata program itu merupakan platform dibangunkan kerajaan bagi peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada dan mempromosi perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

“Dengan bantuan MFA (Persatuan Francais Malaysia), francais ini satu perniagaan model baharu yang boleh diceburi semua orang, ada fee mahal, sederhana dan rendah.

“Jadi, tugas kita di kementerian ialah berbincang dengan francaisor-francaisor untuk mengurangkan sedikit fee supaya mampu untuk diceburi oleh M40 dan B40,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program berkenaan di Aeon Mall, di sini, hari ini.

Beliau berkata sesi pameran francais itu berlangsung bermula hari ini hingga Ahad melibatkan 20 syarikat francais tempatan bertujuan memberi pendedahan tentang sistem perniagaan francais yang telah wujud di negara ini.
Menurutnya, PJFB di Selangor itu merupakan siri keempat selepas siri ketiga diadakan di Kuantan, Pahang pada 15 hingga 17 Julai, siri kedua di Johor Bahru (9 hingga 11 Jun) dan siri pertama di Kuching, Sarawak pada 27 hingga 29 Mei.

Rosol berkata berdasarkan laporan Francais Bay 2022 yang dilaksanakan di tiga negeri itu, sebanyak 24 francaisor tempatan terlibat dengan seramai 59 potensi francaisi di Sarawak, 149 di Johor, dan 96 di Pahang menyatakan hasrat menjadi francaisi.

Sementara itu, Naib Pengerusi MFA, Mohamad Shukri Salleh, berkata program itu merupakan salah satu usaha MFA dan kementerian untuk mempromosi francais bagi melahirkan potensi usahawan francais yang berjaya.

“Menjadi harapan MFA agar program jelajah francais ini berjaya melahirkan potensi francais baharu dalam kalangan francaisor yang terlibat…pengunjung juga dapat memahami konsep perniagaan francais dengan lebih jelas,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk berkunjung ke Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 hingga 10 Sept depan, yang dijangka melibatkan seramai 150 francaisor.

Sumber: Bernama

Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2112676