If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Pernas bantu usahawan terokai industri francais GJC dan 1901

17 Disember 2021, Kuala Lumpur,

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menawarkan pakej francais mampu milik melibatkan dua produk utama mereka iaitu Gloria Jean’s Coffees (GJC) dan 1901 bagi menggalakkan orang ramai memulakan perniagaan dengan pelaburan yang kompetitif.
Pakej berkenaan akan mengurangkan risiko kepada usahawan baharu yang mahu memulakan perniagaan selain menawarkan pulangan untung bersih sehingga RM500,000 setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mohd Hilaluddin Abd Shukor berkata, orang ramai boleh memulakan perniagaan francais GJC dengan modal serendah RM270,000 manakala perniagaan 1901 pula dengan pelaburan serendah RM45,000.

Menurutnya, Pernas fokus untuk membantu dan membuka banyak peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk menceburi bidang francais di negara ini.
“Buat masa ini, kami mempunyai empat francaisi GJC yang sudah memiliki lebih daripada dua outlet.

“Beberapa francaisi juga mahu menambah bilangan cawangan outlet mereka pada tahun depan sekali gus menunjukkan perkembangan positif industri francais.

“Jika mahu tingkatkan pendapatan, mereka perlu menambahkan bilangan outlet. Ini telah terbukti apabila kami menambahkan cawangan francaisi kami,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Sasar 16 outlet

Mengulas lanjut, Mohd Hilaluddin memaklumkan GJC sudah mempunyai 42 outlet di seluruh negara dan bakal menambah sebanyak 16 lagi outlet baharu pada tahun 2022.

Malah, GJC juga telah melakukan pembaharuan imej sejajar dengan kehendak pelanggan masa kini dengan penggunaan warna yang terkini seperti hitam, putih dan oren.

“Penampilan yang dibawa kali ini lebih moden dan ringkas serta mampu menarik pelbagai golongan khususnya golongan muda ke outlet GJC,” katanya.

MN16

Sumber: Sinar Harian
Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/178358/BERITA/Nasional/Pernas-bantu-usahawan-terokai-industri-francais-GJC-dan-1901