If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Pasar raya Cherry Mart mahu miliki 10 cawangan baharu

Amatera Sdn. Bhd, pemilik pasar raya Cherry Mart, mengunjurkan untuk membuka 10 cawangan baharu pada tahun ini dengan menawarkan peluang perniagaan berkonsepkan francais kepada usahawan yang berminat.

Pengurus cawangannya, Hasrul Hisham berkata, modal permulaannya adalah sebanyak RM500,000 untuk pembukaan sebuah cawangan, bergantung kepada beberapa faktor seperti keluasan lot kedai dan lokasi strategiknya.

Menurut beliau, melalui pelan perancangan jangka panjang syarikat, Cherry Mart optimis untuk meluaskan penguasaan pasaran selain mengukuhkan jenamanya dalam sektor peruncitan tempatan.

“Melalui pembukaan lebih banyak cawangan dalam pasca pandemik ini, syarikat bersedia menawarkan ruang berniaga dan juga peluang pekerjaan kepada masyarakat di kawasan sekitarnya.

“Pembukaan cawangan lebih banyak pasar raya Cherry Mart akan membantu menggerakkan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran cawangan perdana Cherry Mart di Kajang baru-baru ini.

Pasar raya berkonsepkan pasar basah di dalam premis berhawa dingin itu menawarkan pelbagai makanan laut segar, terma­suk daging dan ayam halal dengan proses penyembelihan mengikut syarak, termasuk sayur-sayuran yang segar dari ladang.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan, Cherry Mart cukup unik kerana turut menawarkan barangan untuk masakan Thai dan Pantai Timur yang cukup digemari rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tambah Hasrul, Cherry Mart menjanjikan persekitaran beli-belah dengan suasana yang selesa selain menawarkan harga barangan yang berpatutan, tetapi juga ­bagi menawarkan per­khidmatan penghantaran te­rus ke depan pintu rumah.

Sumber: Kosmo

Artikel Penuh: https://www.kosmo.com.my/2022/01/14/pasar-raya-cherry-mart-mahu-miliki-10-cawangan-baharu/