If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Pacu semula industri francais, kerjasama bersepadu diperlukan – PM

14 Oktober 2021,

Industri francais dijangka mencatat nilai jualan mencecah RM13 bilion tahun ini, selepas hanya mampu menjana RM5.2 bilion, tahun lalu.Menurut Perdana Menteri, kepentingan Industri francais terbukti apabila merekodkan nilai jualan 13.3 bilion pada 2019, dan menyediakan lebih 80,000 pekerjaan dengan anggaran upah RM1.4 bilion.

Bagi merancakkan semula momentum industri francais dalam tempoh lima tahun akan datang, Perdana Menteri mahu semua agensi dan penggiat industri francais, menjalin kerjasama bersepadu. Sebagai sokongan, Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, untuk meneruskan pelaksanaan Program Pengukuhan Francais Bagi Meningkatkan Eksport.

Pada masa sama, mengalu-alukan francaisor di seluruh dunia menjalankan perniagaan di negara ini. Perdana Menteri berucap melancarkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2021 secara maya.
FIM merupakan satu-satunya pameran francais berskala besar yang diiktiraf Majlis Francais Dunia. Ia diharap dapat menarik kehadiran 15,000 pengunjung, serta menjana potensi pelaburan kira-kira RM200 juta.

FN36

Sumber: One News

Artikel Penuh: http://www.onenews.my/pacu-semula-industri-francais-kerjasama-bersepadu-diperlukan-pm/

  • FN36