If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Nilai Jualan Francais Negara Dijangka Meningkat RM22.66 Bilion Pada 2025

Kuala Lumput, 8 Sepetember 2022,

Nilai jualan industri francais negara dijangka meningkat kepada RM22.66 bilion menjelang 2025, berbanding RM14.65 bilion yang dicatatkan pada 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata nilai jualan itu disasarkan berdasarkan perkembangan pesat industri francais negara yang sehingga kini mencatatkan jumlah pendaftaran sebanyak 1,149 syarikat francaisor.

Mengulas lanjut, katanya, ia turut disumbang oleh inisiatif kerajaan yang menambahbaik bidang francais tempatan bagi menjamin kelangsungan dan kestabilan perniagaan itu terutama ketika inflasi termasuk melalui Program Francais Domestik dan Program Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M).

“Bilangan outlet yang dibuka dalam negara pada 2021 adalah sebanyak 13,779 dengan peningkatan sebanyak 47 peratus daripada 2020.

“Malah jenama Francais Malaysia sudah berkembang sebagai jenama terkemuka seluruh dunia dengan lebih 68 jenama di 74 negara.

“Selain itu, hampir sebanyak 49,000 peluang pekerjaan diwujudkan pada 2021 dan saya menjangkakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan menerusi peningkatan bilangan syarikat francais di dalam negara,” katanya melalui ucapan perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia ke-29 (FIM) 2022.

Ucapan Perdana Menteri dibacakan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sumber: Buletin TV3

Artikel Penuh: https://www.buletintv3.my/detik-niaga/nilai-jualan-francais-negara-dijangka-meningkat-rm22-66-bilion-pada-2025