If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Lepasan IPT disaran terlibat dengan industri francais – Alexander Nanta

Kuching, 28 Mei 2022,

Kerajaan akan memperhebatkan usaha untuk menarik minat lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat dengan perniagaan francais.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana perniagaan itu lebih mudah untuk dimulakan dan boleh menjana pendapatan yang lebih stabil.

Sehubungan itu katanya, lepasan IPT disaran mengambil peluang berdasarkan peningkatan yang direkodkan jualan francais saban tahun.

“Industri ini (francais) membolehkan belia dan lepasan universiti menawarkan peluang pekerjaan dan bukan terhad kepada menjadi pencari kerja sahaja,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Sarawak di sini hari ini.

Jelas Alexander Nanta, berdasarkan rekod , pada 2020,  industri francais meraih jualan mencecah RM14.6 bilion berbanding RM13.3 bilion pada 2019.

“Sehingga kini sebanyak 1,137 syarikat francais telah didaftarkan di kementerian termasuk 68 syarikat francais tempatan yang berjaya membuka cawangan di 70 negara,”katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, kerajaan telah meluluskan sebanyak 33 permohonan Geran Padanan yang berjumlah RM 2.4 juta.

“Geran ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan M40,”katanya. -TVS

 

 

Sumber: TV Sarawak

Artikel Penuh:https://tvstv.my/2022/05/28/lepasan-ipt-disaran-terlibat-dengan-industri-francais-alexander-nanta/