If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Kerjasama UKM, Siti Khadijah angkat budaya Melayu

Bangi, 11 Jun 2022,

Kolaborasi INOVASI@UKM dan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd menjadi bukti nilai dan budaya Melayu terus dihidupkan.

Dalam Majlis Penyerahan Perjanjian antara kedua-dua pihak itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Munzir Aminuddin berkata kerjasama itu berlaku buat julung kali dan buat kali pertama juga corak yang dihasilkan akan digunakan atas kain telekung.

“Dalam usaha ini, UKM wajar dipuji kerana mengangkat kepentingan sains sosial dalam industri ini dan nilai-nilai kebudayaan dapat dihidupkan melalui corak Alam Melayu.

“Melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu atau ATMA, Siti Khadijah bekerjasama dalam mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu selain meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan,” jelasnya.

Menurut Mohammad Munzir, koleksi telekung yang diinspirasikan oleh corak tradisional Melayu ini akan mula memasuki pasaran Siti Khadijah bermula bulan Januari 2023.

Beliau turut berkata telekung itu akan dijual dengan julat harga bermula daripada nilai harga mampu milik.

“Bagi telekung Siti Khadijah, kita ada tiga label iaitu putih bagi harga rendah, merah tua bagi harga sederhana dan hitam bagi harga esklusif. Bagi koleksi ini, kita akan reka telekung untuk ketiga-tiga label supaya semua berpeluang memilikinya,” katanya.

Bagi penyelidik ATMA, Ts Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, corak-corak yang direka adalah hasil pengamatan atas keharmonian tulisan khat manuskrip itu dengan motif corak yang berinsprasikan alam semula jadi.

“Kita mahu mengkomersialkannya kerana corak – corak ini mempunyai nilai estetika khusus yang melambangkankan kesenian Melayu” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Penuh: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/kerjasama-ukm-siti-khadijah-angkat-budaya-melayu/