If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Kerajaan galak lebih ramai sertai industri francais – Nanta

Kuala Lumpur, 8 September 2022,

Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak untuk mengambil peluang menceburkan diri dalam industri francais negara yang dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata industri itu berperanan penting dalam fasa pemulihan ekonomi negara, khususnya melibatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Memang industri francais ini sangat kerajaan galakkan supaya (peniaga) diberi peluang dan ruang dalam industri perniagaan (francais). Harapan kerajaan adalah besar kerana kita nampak potensi industri ini sangat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (FIM2022) ke-29 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata industri francais negara perlu diperluas kepada pelbagai sektor lain seperti perkhidmatan dan tidak hanya tertumpu kepada sektor makanan dan minuman (F&B) yang lebih popular.
Selain itu, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan inisiatif francais mampu milik dan francais mikro bagi membantu golongan B40 dan M40 yang berminat menceburi bidang perniagaan itu.

FIM2022 yang bermula hari ini hingga Sabtu ini dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama KPDNHEP serta disokong oleh badan francais antarabangsa seperti Majlis Francais Dunia (WFC), Persekutuan Francais Asia Pasifik (APFC) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Program itu menampilkan hampir 100 pempamer pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa melibatkan sembilan negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

Bertemakan ‘Rebuilding Growth, Spurring Excellence’, FIM menyediakan 150 ruang pameran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) serta jangkaan 14,000 pengunjung dengan nilai potensi pelaburan sebanyak RM450 juta.
Sementara itu, Pengerusi MFA Datuk Radzali Hassan dalam ucapan aluannya berkata FIM2022 berperanan penting sebagai wadah untuk penggiat industri francais serta bakal usahawan francais dari dalam dan luar negara berkumpul, sekali gus mewujudkan ruang intelek dan sesi perbincangan yang aktif.

“Ia juga merupakan platform terbaik buat masyarakat untuk menerokai peluang pekerjaan melalui francais seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata MFA dengan kerjasama KPDNHEP akan terus meningkatkan usaha dalam menggalakkan lebih banyak usahawan untuk menceburi perniagaan francais.

Katanya, aktiviti menyebar luas pengetahuan mengenai perniagaan francais kepada orang ramai turut giat dijalankan secara konsisten.

“Justeru, penganjuran persidangan francais sempena FIM2022 kali ini juga menzahirkan inisiatif MFA dan kementerian dalam membantu usahawan untuk memulakan, membangunkan serta mengekalkan daya saing perniagaan francais mereka,” katanya.

Sumber: Bernama

Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2118760