If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Jenama Malaysia tarik minat pemegang francais berpotensi

Putrajaya, 21 Jun 2022,

Lebih 57 pemegang francais berpotensi, menunjukkan minat terhadap jenama Malaysia pada pameran antarabangsa Africa’s Big 7 yang berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan, sejak kelmarin.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof, berkata ia membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM6 juta.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja ke pameran itu berkata, Africa’s Big 7 adalah program tahunan di Afrika Selatan yang mengumpulkan peserta dari pelbagai negara.

“Ia adalah platform penting untuk industri francais Malaysia mengambil peluang mempelbagaikan pelaburan francais mereka di Afrika Selatan.

“Selain itu, bawah Program Pembangunan Francais Dipertingkat (EFDP), kita berhasrat untuk menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Afrika Selatan dan mencari pelabur berpotensi yang tepat melalui program pemadanan perniagaan.

“Beberapa jenama francais Malaysia sudah berkembang sebagai identiti jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih 68 jenama di 74 negara.

“Kementerian turut bekerjasama rapat dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan pemain industri untuk mencapai sasaran serta menghidupkan semula momentum berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut menyertai delegasi Malaysia ialah pegawai KPDNHEP, MFA serta lima jenama utama Malaysia meliputi CheeseU, CIC Where Leaders Are Born, Old Town White Coffee, Procleaners dan House of Mind Excellence (HOME).

Mengulas lanjut, Azman berkata, Africa’s Big 7 yang diadakan hingga semalam, berjaya menarik hampir 5,000 peserta merangkumi 250 peserta pameran dari 26 negara termasuk Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan francais di Malaysia mencatat jumlah jualan sebanyak RM13 bilion pada tahun lalu, meningkat 16.4 peratus berbanding 2018, dengan jualan lengkap RM11.16 bilion.

 

 

Sumber: Berita Harian

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/968288/jenama-malaysia-tarik-minat-pemegang-francais-berpotensi