If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

Industri francais sumbang RM28b

SINAR HARIAN – 14 JANUARI 2015

Ahmad Bashah Md Hanipah

INDUSTRI Francais dijangka menyumbang sebanyak 2.5 peratus bersamaan RM28 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, peningkatan jumlah itu didorong perkembangan bidang perniagaan francais yang semakin bertambah baik dan diterima ramai.

“Tahun lalu, industri francais menyumbang sebanyak RM26.8 bilion iaitu peningkatan 2.7 peratus kepada KDNK negara.

“Manakala, pada 2014 industri itu telah mencatatkan peningkatan sebanyak RM24.6 bilion. Setiap tahun, kita jangkakan peningkatannya purata 2.5 peratus,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar sempena Program Pemantapan Francaisor Bumiputera yang dianjurkan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS), di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, sebanyak 807 syarikat francais telah berdaftar di bawah kementerian sejak 1998.

Katanya, kementerian turut menyasarkan peningkatan jumlah syarikat yang berdaftar itu kepada 1,000 syarikat menjelang 2020.

Ahmad Bashah berkata, kementerian amat komited di dalam melahirkan usahawan francais yang memiliki daya saing yang tinggi bagi membolehkan mereka bersaing bukan sahaja di dalam negeri tetapi di peringkat luar negara.

“Melalui program ini usahawan boleh memohon khidmat nasihat, khidmat rundingan terbuka kepada aspek perniagaan termasuk berkaitan syarikat seperti kewangan, penjenamaan, pemasaran dan operasi syarikat,” katanya.

Program Pemantapan Francaisor Bumiputera dianjurkan oleh PNS sejak 2013, khusus kepada syarikat francaisor yang telah berdaftar dengan daftar francais KPDNKK.

Objektif utama program ini adalah bagi memberi penarafan francaisor berdasarkan prestasi, kemampuan dan keupayaan untuk bersaing dan berdaya saing dalam pasaran.

Kira-kira 62 francaisor daripada 42 syarikat hadir pada program itu yang dianjurkan semalam antaranya Eastern Biotech Resources Sdn Bhd, D’Tandoor Food Industries, JM Bariani House dan Noor Arfa Holdings.

 

URL : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-francais-sumbang-rm28b-1.472311