If you lose all over again you double your bet again and keep repeating the doubling process and soon you hit a win and then resume your original bet Slots Master
Franchise Highlight

FIM 2014 tarik pelaburan RM370 juta

22 May 2014 – Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) mengunjurkan nilai potensi pelaburan francais sebanyak RM370 juta sempena Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, nilai potensi pelaburan francais terbabit dijangka akan disumbangkan oleh hasil penjualan sistem francais yang terdiri daripada 130 ruang pameran melibatkan syarikat tempatan dan antarabangsa.

Katanya, kerajaan berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai hab francais di Asia Tenggara menjelang 2020 dan penganjuran FIM akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai usahawan francais di negara ini.

“Usaha kerajaan dalam membantu mengembangkan industri francais di negara ini semakin menampakkan kejayaan dan ini dapat dilihat kerana sehingga kini terdapat 726 syarikat francais terdiri daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di negara ini.

“Tahun lalu, bidang francais menyumbang sebanyak 2.5 peratus atau RM24.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kami menyasarkan sumbangan tersebut akan meningkat kepada RM25.6 bilion tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis penyerahan cek penajaan FIM 2014 di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi MFA, Datuk Mohd. Latip Sarrugi.

FIM 2014 yang bertemakan `Francais Untuk Semua’ akan diadakan pada 13 hingga 15 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan setakat ini telah menerima tajaan berjumlah RM270,000 daripada syarikat-syarikat tempatan iaitu Snogurt Sdn. Bhd., Perbadanan Nasional Bhd., Rakyat Management Sdn. Bhd., Marrybrown Sdn. Bhd. dan Naza Tutti Frutti (M) Sdn. Bhd.

Sehingga kini, sebanyak 90 peratus ataupun 117 daripada 130 ruang pameran telah pun diisi oleh syarikat tempatan dan antarabangsa.

Penyertaan antarabangsa ketika ini terdiri dari tujuh buah negara termasuk Amerika Syarikat, Taiwan, Korea, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Menurutnya Ahmad Bashah, kementerian dan MFA menyasarkan FIM 2014 bakal dikunjungi lebih 12,000 pengunjung dan merupakan satu-satunya program francais di Malaysia yang disokong penuh penganjurannya oleh World Franchise Council (WFC) dan Asia Pacific Franchise Confederation (APFC).

Tambahnya, kementerian dan MFA turut mengalu-alukan kemasukan francais dari luar bagi menawarkan konsep perniagaan baharu,